KOTA KINABALU, SABAH (22 MAC 2018) : KHAMIS, Jawatankuasa Mesyuarat Pembangunan Bil. 1/2018 telah mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JMG Sabah Tuan Hj. Abdul Kadir bin Ahmad.
Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan perancangan dan progres projek untuk tahun 2018 JMG Sabah. Antara pegawai-pegawai yang terlibat dan turut hadir dalam mesyuarat ini adalah En. Paulius Godwin, En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee, Pn. Jenneth Cyril, En. Webster Wong Vui Chung, En. Daulip Lakkui, En. Cleafos Totu, Pn. Jayawati Fanillah Sahih binti Montoi, Pn. Nurul Sakinah, En. Jeffery Paping, En. Farid bin Zainudin, En. Mazrali bin Alway, En. Goh Khean Seong dan beberapa orang pegawai lagi.
Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee