KOTA KINABALU, SABAH (21 & 22 Mac 2018) : Rabu & Khamis, 9.00 pagi.
Persidangan dan Pameran Hari Air Sedunia telah dijalankan dengan tema ‘Nature for Water’. Persidangan ini bertujuan untuk meneroka penyelesaian berasaskan alam semulajadi terhadap permasalahan air yang dihadapi dalam abad ke-21. Persidangan ini telah berlangsung selama dua hari di Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu.Persidangan dan pameran yang dianjurkan oleh Jabatan Pengiran dan Saliran Negeri Sabah bersama Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sabah telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman.Dalam persidangan ini, Encik Jaineh Lingi (Pegawai Geosains C44/ Ketua Aktiviti Hidrogeologi) telah dijemput untuk membentangkan kertas pembentangan bertajuk “General Overview of Groundwater Resources in Sabah”. Persidangan ini merupakan acara tahunan United Nation (UN) dan diadakan serentak di seluruh dunia.
http://blog.jmg.gov.my/persidangan-dan-pameran-hari-air-sedunia-negeri-sabah-world-water-day-2018#sigProId1411751a0b