PAMERAN DAN TAKLIMAT DI SMK TENGHILAN

PAMERAN DAN TAKLIMAT DI SMK TENGHILAN

TENGHILAN, SABAH (3 MEI 2018) : KHAMIS, Jabatan Kimia Malaysia cawangan Sabah telah mengadakan program CSR OSH di SMK Tenghilan pada hari ini. Program ini akan melibatkan seramai 160 orang peserta di kalangan pelajar sekolah menengah, guru dan pembantu makmal yang merangkumi 10 buah sekolah di sekitar daerah Tuaran. Tujuan program pameran ini adalah bagi menerapkan kesedaran keselamatan di makmal dan sekolah kepada kumpulan sasaran tersebut.

Program majlis ini sepatutnya dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Meneteri Sains, Teknologi dan Inovasi) juga merangkap ahli parlimen Tuaran. Namun beliau tidak dapat menghadirkan diri atasa beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Sulit beliau iaitu En. Jeffry Teo bagi mewakili Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Selain itu juga, memperkenalkan fungsi dan kewujudan Jabatan Kimia dan jabatan-jabatan lain yang dijemput sama untuk mengadakan pameran tersebut. Jabatan Mineral dan Geosains Sabah telah menghantar wakil yang diketuai oleh En. Redzuan bin Ahmad Banjar (Pegawai Geosains C41), diikuti oleh En. Awang Besar bin Hj. Kula (Penolong Pegawai Geosains C29) dan En. John Ingkangu (Pembantu Operasi). Program seumpama ini juga baik untuk JMG Sabah dan memperkenalkan lagi JMG Sabah kepada generasi muda.

Sumber Foto dan Maklumat : En. Awang Besar bin Hj. Kula

Written by : Suriani Ramlee