PENGANJURAN "ASEAN-ESCAP WORKSHOP ON STAKEHOLDER ENGAGEMENT AND SUPPORT FOR ASEAN PRINCIPLES FOR SUSTAINABLE MINERALS DEVELOPMENT”

Malaysia telah menjadi tuan rumah dan penganjur bersama dengan kerjasama Sekretariat ASEAN dan United Nation Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP) bagi “ASEAN-ESCAP Workshop on Stakeholder Engagement and Support for ASEAN Principles for Sustainable Minerals Development”. Bengkel ini telah diadakan pada 29 dan 30 Ogos 2023, bertempat di Putrajaya Marriot Hotel, IOI Resort City, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 Majlis pembukaan bengkel ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor, Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Peserta daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) yang menghadiri bengkel ini ialah En. Yusari bin Basiran, Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral dan En. Salehuddin bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah (Tekno Ekonomi), Cawangan Ekonomi Mineral. Turut bersama di pihak Malaysia sabagai peserta ialah En. Ikhwan Hadi bin Suhaime daripada Bahagian Mineral dan Geosains, NRECC.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my