Perhimpunan Bulanan JMG Kelantan Bil. 3/2013

Perhimpunan Bulanan JMG Kelantan Bil. 3/2013 telah berjaya diadakan dengan komitmen sejati oleh Pengarah JMG Kelantan (Tn. Hj. Ibrahim Amnan), Penganjuran TPGS (En. Ab. Rashid Ahmad), koordinator (En. Amir Mizwan), Pengerusi (En. Junor Yaacob) dan hampir semua pegawai dan kakitangan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah sama seperti perhimpunan bulanan yang lain cuma kali ini ada sesi kecergasan iaitu sesi aerobik serta sesi pengucapan awam yang dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Feldspar Tingkat 9, JMG Kelantan pada sebelah petangnya.

 

Alhamdulillah aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada kakitangan JMG Kelantan yang telah memberi kerjasama.

Written by : nurin