Para pelajar dari SMK Dato Abdul Rahman Yaakop Bota Kanan telah melakukan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Geologi. Lawatan ini berkaitan dengan mata pelajaran Geolografi yang bakal mereka tempuhi pada peperiksaan STPM disember nanti. Mulai tahun ini, terdapat perubahan pada silibus mata peljaran tersebut yang memerlukan mereka menjawab hal-hal berkaitan geologi dan bencana alam terutama hal kecerunan tanah dan tanah runtuh.
Sambil menyelam minum air boleh diibaratkan mereka, kerana disamping mempelajari hal berkaitan kecerunan tanah dan bencana alam dari para pakar JMG iaitu Tn Hj Zaidi Mohd Hassan dan En Hamid Ariffin, mereka juga dapat bersantai di muzium terbaik ini dan menikmatai pemandangan indah di lapangan nanti.
Galeri bergambar:
http://blog.jmg.gov.my/pra-u-smk-dary-bota-kanan-ke-muzium-geologi#sigProId09191e70c9