Bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu Anjuran CTBB

Bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu Anjuran CTBB

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 15 Julai 2020. Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) telah berjaya menganjurkan sebuah bengkel, iaitu Pemotongan dan Penggilapan Batu yang diadakan di Blok F, PPM. Para peserta yang terlibat dalam bengkel tersebut adalah terdiri daripada beberapa orang kakitangan Sokongan 2.

Tujuan bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta terhadap ciri-ciri batuan, peranan CTBB dalam PPM, serta teknik pemotongan dan penggilapan batu dengan betul. Para peserta juga diberi peluang untuk merasai pengalaman memotong dan menggilap batu masing-masing menggunakan peralatan makmal yang telah disediakan.

Bengkel tersebut telah berakhir dengan jayanya pada jam 5 petang. Pihak penganjur telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang telah menunjukkan minat dan komitmen yang sangat positif sepanjang bengkel itu berlangsung. PPM berharap agar bengkel tersebut dapat meningkatkan kemahiran dan menjana idea-idea baharu kepada kakitangan PPM demi kemajuan jabatan pada masa akan datang.

 

 

 

Written by : ezulia