PERBINCANGAN TEKNIKAL DI JMG (KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG), AKTIVITI LAWATAN DAN PERSAMPELAN DI KUARI DOLOMIT, PERLIS.

PERBINCANGAN TEKNIKAL DI JMG (KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG), AKTIVITI LAWATAN DAN PERSAMPELAN DI KUARI DOLOMIT, PERLIS.

Pada 4 Mac 2021, Pusat Penyelidikan Mineral diwakili oleh 5 orang pegawai dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) telah mengadakan lawatan dan perbincangan projek R&D Dolomit Perlis bersama dengan pihak JMG (Kedah/Perlis/Pulau Pinang) yang diwakili oleh Timbalan Pengarah iaitu Tuan Haji Hamdan dan pegawai Geosains En Afif. Pelbagai idea dan maklumat telah dikongsikan bersama.

Baca selanjutnya

KSK PPM: AKTIVITI PENANAMAN VERTIVER DAN MEMANCING SANTAI 2021

KSK PPM: AKTIVITI PENANAMAN VERTIVER DAN MEMANCING SANTAI 2021

Pada 20 Mac 2021 bersamaan dengan hari Sabtu baru-baru ini, Biro Sukan dan Rekreasi KSKPPM sesi 2020/2022 telah menganjurkan aktiviti ‘Penanaman Pokok Vertiver dan Memancing Santai’ bertempat di Stesen Ujian dan Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Seramai 17 orang peserta menyertai aktiviti ini. Pihak PPM telah membenarkan kegunaan 2 buah kenderaan jabatan untuk kemudahan pergerakan peserta. Makan pagi dan tengah hari juga telah disediakan oleh KSKPPM kepada para peserta.

Baca selanjutnya

BENGKEL TEKNOLOGI PENANAMAN POKOK VETIVER UNTUK KAWASAN BEKAS LOMBONG

BENGKEL TEKNOLOGI PENANAMAN POKOK VETIVER UNTUK KAWASAN BEKAS LOMBONG

Satu bengkel teknologi penanaman pokok vetiver untuk kawasan bekas lombong telah diadakan pada 10-11 Mac 2021 di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar Kampar. Bengkel ini melibatkan hampir 20 orang peserta yang terdiri daripada semua warga Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) serta wakil daripada setiap cawangan Pusat Penyelidikan Mineral. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara penanaman pokok vetiver ini sebelum ianya sesuai digunapakai bagi tujuan pemulihan lombong ataupun bekas lombong. Para peserta telah diberikan Latihan amali sepanjang 2 hari bengkel berlangsung dan telah berjaya menghasilkan 2000 polibag. 

PPM Sekali Lagi Berjaya Melepasi Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015

PPM Sekali Lagi Berjaya Melepasi Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015

Sekalung tahniah buat PPM atas kejayaan melepasi audit pengawasan (Surveillance Audit) yang telah dijalankan pada 8 – 9 Februari 2021 oleh auditor dari SIRIM QAS, Puan Meena Regawan. Buat julung kalinya sesi audit pada kali ini dijalankan secara remote audit memandangkan negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik covid-19 yang masih melanda.

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang dilaksanakan di PPM ialah Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) iaitu melibatkan bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPM atas kejayaan ini. Semoga PPM terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan bagi kedua-dua skop ini dan terus melakar kejayaan cemerlang pada masa hadapan.

SEPTEMBER BULAN KESEDARAN MS ISO 9001:2015

SEPTEMBER BULAN KESEDARAN MS ISO 9001:2015

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 30 September 2020. Buat julung kalinya Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) PPM telah menganjurkan program Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015 sepanjang bulan September ini. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada semua kakitangan PPM dan sebagai satu program hebahan bahawa PPM telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2015 bagi dua skop perkhidmatan iaitu Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM). Program ini dimulakan dengan Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015 pada 10 September yang lalu, bertempat di Dataran PPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs Dr. Nazwin binti Ahmad.

Pelbagai program dan aktiviti menarik telah diadakan bersempena dengan bulan kesedaran ini. Antaranya ialah Taklimat dan Kuiz Kesedaran MS ISO 9001:2015, Taklimat Kepentingan Latihan Untuk Kakitangan Awam, Bengkel Penyediaan Buku Latihan Dalaman, Taklimat Audit Dalaman dan Persiapan Audit, Taklimat Pengurusan Fail dan Bengkel Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015. Taklimat-taklimat ini telah disampaikan secara dalaman oleh pegawai penyelidik PPM.

Manakala Taklimat Asas Keselamatan Sinaran dan Taklimat Keselamatan Makmal telah disampaikan oleh pegawai dari Agensi Nuklear Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT). Ceramah Motivasi dan Bagaimana Menangani Tekanan di Tempat Kerja telah disampaikan oleh Kaunselor dari Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) dan ceramah Integriti telah disampaikan oleh pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Unit Latihan PPM selaku urusetia telah memastikan agar kesemua program yang diadakan ini dijalankan mengikut SOP seperti penjarakan fizikal dan pemakaian penutup muka dalam kalangan peserta seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Bersekali dengan Perhimpunan Bulanan Bersama Pengarah bagi bulan September yang telah diadakan pada 30 September 2020 yang lalu, diadakan juga majlis perasmian penutup bagi program Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015 ini oleh Pengarah Kanan PPM. Dalam ucapannya, YBrs Pengarah Kanan telah menzahirkan ucapan terima kasih bagi Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) kerana telah menganjur dan menjayakan pelbagai jenis program bersempena dengan bulan kesedaran ini.

Diharapkan melalui pelaksanaan bulan kesedaran ini dapat memberi kesedaran dan galakan kepada semua kakitangan jabatan untuk menjadi lebih peka dan cakna terhadap perkhidmatan MS ISO 9001:2015 di PPM dan seterusnya memajukan institusi penyelidikan di PPM. Seterusnya dengan adanya program sebegini, PPM juga dapat menguar-uarkan perkhidmatan MS ISO 9001:2015 kepada kakitangan JMG serta para pelawat yang berkunjung ke PPM sebagai satu alternatif bagi mempromosi perkhidmatan MS ISO 9001:2015 oleh kerana kekangan disebabkan pandemik covid-19 yang melanda dunia pada masa ini.

Di samping itu, program ini juga dapat membantu kumpulan pelaksana MS ISO 9001:2015 di PPM bersedia dan lebih berkeyakinan untuk menghadapi audit dalaman dan luaran yang dijangka pada bulan November dan Disember ini.