Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Ipoh – 2 Disember 2019. Hasil penyelidikan dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) yang bertajuk A Method of Loading Filler for Paper Making telah berjaya menarik minat pihak industri iaitu Merc Resources Sdn. Bhd. (MRSB) untuk menggunapakai teknologi ini dalam industri pembuatan kertas. Projek penyelidikan ini diketuai oleh Dr. Rohaya Othman, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan, PPM.
Satu majlis menandatangani Perjanjian Pemindahan Teknologi (TTA) telah diadakan pada 29 November 2018 yang lalu di antara pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan MRSB. Acara penyerahan mock cheque yang bernilai RM2.725 juta juga telah dilakukan pada hari tersebut sebagai simbolik pemindahan teknologi ini melalui perjanjian pelesenan.
Acara bersejarah ini telah disaksikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) yang juga bersempena dengan perasmian National Conference and Exhibition on Mineral Resource and Mineral-based Product Development yang telah berlangsung selama 2 hari pada 29 – 30 November 2019 di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.