Hari Inovasi PPM 2018

Hari Inovasi PPM 2018

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Ipoh – 4 Disember 2018. PPM telah mengadakan Hari Inovasi 2018 pada 4 Disember 2018 yang lalu bertempat di Dewan Seminar PPM. Program tersebut bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang.

Dengan tema “Membudaya Kreativiti, Memperkasa Inovasi”, satu Pertandingan Inovasi telah dianjurkan bersempena Hari Inovasi 2018. Hadiah-hadiah menarik turut disediakan kepada para pemenang. Tujuan Hari Inovasi dan juga pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk warga PPM supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan kerja harian.

Hari Inovasi tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj. Md Muzayin Bin Alimon, Pengarah PPM. Program diteruskan dengan pengenalan para juri serta penerangan tentang penilaian dan pemarkahan.

Peserta pertama yang menjalani sesi pembentangan ialah daripada Kumpulan CTBT yang dengan projek inovasi yang bertajuk “Penggunaan Aplikasi Google Docs”. Peserta kedua pula dinamakan Kumpulan AE yang membentangkan hasil inovasi bertajuk “Mobile Attendance System”. Kumpulan Bumblebee telah membentangkan hasil inovasi “Mini Multi-Purpose Mobile Platform (MPPP)” dan diakhiri dengan Kumpulan Al-Quarryun dengan inovasi bertajuk “Wind Data Analysis System (WiDAs Android)”.

Juara bagi Pertandingan Inovasi bagi tahun ini ialah Kumpulan Bumblebee, manakala naib johan jatuh kepada Kumpulan AE dan tempat ketiga ialah Kumpulan CTBT. Tahniah diucapkan kepada para peserta kerana telah memberi komitmen yang tinggi serta persembahan yang amat menarik dalam program kali ini.

Semoga Hari Inovasi ini mampu menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga PPM ke arah membudayakan pemikiran yang kreatif dan inovatif pada masa akan datang.

Written by : ezulia