PPM Menyertai Pameran IQM Conex 2018

PPM Menyertai Pameran IQM Conex 2018

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Ipoh – 12 November 2018. PPM sekali lagi telah mendapat jemputan untuk menyertai pameran sempena Institute of Quarrying Malaysia (IQM), Quarry Conference and Exhibition (IQM Conex 2018) pada 23 hingga 24 Oktober 2018 di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya. Seramai 9 orang warga PPM yang terdiri daripada para pegawai penyelidik, pembantu penyelidik, pelukis pelan, dan pembantu operasi telah ditugaskan untuk mengendalikan pameran tersebut yang diketuai oleh Pn. Marlinda Binti Daud , Pegawai Penyelidik Kanan, PPM.

Baca selanjutnya

Latihan Kerja Geofizik (Microgravity) dan Ujian Proba Mackintosh

Latihan Kerja Geofizik (Microgravity) dan Ujian Proba Mackintosh

Pada 8 dan 9 Oktober yang lalu, PPM dengan kerjasama daripada pihak BPT telah mengadakan Latihan Kerja Geofizik (Microgravity) dan Ujian Proba Mackintosh bertempat di tapak cadangan bangunan Makmal Silika PPM. Latihan yang melibatkan seramai 15 orang warga PPM ini terdiri daripada para pembantu penyelidik yang baharu.

Kedua-dua kaedah Geofizik (Microgravity) dan Proba Mackintosh ini merupakan ujian yang dijalankan untuk mendapatkan nilai keupayaan galas tanah. Keputusan yang diperolehi daripada ujian ini akan memberikan gambaran secara kasar mengenai kekuatan lapisan tanah pada titik tersebut.Oleh itu, latihan ini adalah amat penting kepada pembantu-pembantu penyelidik yang baharu untuk diberikan pendedahan serta ilmu pengetahuan tambahan yang akan membantu mereka dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan di PPM.

Baca selanjutnya

Pembangunan Teknologi Rawatan AMD Secara Pasif - Ujian Column

Pembangunan Teknologi Rawatan AMD Secara Pasif - Ujian Column

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH 2018: Pasukan kerja Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari sedang menjalankan satu siri eksperimen ujian column di bawah Projek Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Hijau bagi Pemulihan Lombong – Pembangunan Teknologi Rawatan AMD (Acid Mine Drainage) secara Pasif. Kaedah rawatan pasif ini menggunakan campuran batu kapur dan bahan organik untuk merawat saliran lombong berasid. Sampel saliran lombong berasid diperoleh dari sebuah lombong bijih besi di Bukit Besi, Terengganu. Antara bahan-bahan organik yang diuji adalah tanah organik, sekam padi, habuk kayu dan kompos cendawan terpakai. Keputusan awal mendapati pH saliran lombong berasid mampu meningkat dari pH 2.5 sehingga pH 6.3 selepas dirawat menggunakan kaedah rawatan ini. Eksperimen ini dijangka berjalan selama sebulan.

Baca selanjutnya

MESYUARAT KOORDINASI REKABENTUK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN MAKMAL TEKNOLOGI SILIKA, PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA DI HOTEL IBIS, MELAKA

MESYUARAT KOORDINASI REKABENTUK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN MAKMAL TEKNOLOGI SILIKA, PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA DI HOTEL IBIS, MELAKA

MELAKA (26 – 28 September 2018): Mesyuarat koordinasi Rekabentuk Projek Pembinaan Bangunan Baharu Makmal Teknologi Silika yang telah diadakan pada 26 hingga 28 September 2018 di Hotel Ibis, Melaka telah di hadiri seramai 21 orang peserta dari Pusat Penyelidikan Mineral dan Bahagian Binaan dan Infrastruktur (BBI), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS) Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan status atau kemajuan terkini Projek Pembinaan Bangunan Makmal Teknologi Silika.

Baca selanjutnya

CERIA DI GALERI R&D PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL-LAWATAN SAMBIL BELAJAR GURU DAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN HO SENG ONG METHODIST, IPOH,PERAK

CERIA DI GALERI R&D PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL-LAWATAN SAMBIL BELAJAR GURU DAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN HO SENG ONG METHODIST, IPOH,PERAK

Pada 9 Oktober 2018, Galeri R&D Pusat Penyelidikan mineral(PPM) telah menerima kunjungan pelawat dari SK Ho Seng Ong Methodist, Ipoh. Seramai 24 orang pelajar hadir dengan diiringi oleh 3 orang guru dari sekolah tersebut. Mereka tiba di pekarangan PPM sekitar jam 10 pagi dan disambut oleh En Hamdan bin Yahya selaku Ahli Jawatankuasa Galeri R&D PPM yang bertanggungjawab untuk memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan aktiviti di Galeri R&D PPM kepada para pelawat.

Para pelajar menceriakan suasana dengan mengucapkan “Selamat pagi, cikgu” di awal sesi taklimat. En Hamdan juga sempat menyediakan beberapa kuiz mengenai mineral untuk menambahkan lagi rasa ingin tahu para pelajar sekolah tersebut.

Baca selanjutnya