MESYUARAT KOORDINASI REKABENTUK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN MAKMAL TEKNOLOGI SILIKA, PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA DI HOTEL IBIS, MELAKA

MESYUARAT KOORDINASI REKABENTUK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN MAKMAL TEKNOLOGI SILIKA, PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA DI HOTEL IBIS, MELAKA

MELAKA (26 – 28 September 2018): Mesyuarat koordinasi Rekabentuk Projek Pembinaan Bangunan Baharu Makmal Teknologi Silika yang telah diadakan pada 26 hingga 28 September 2018 di Hotel Ibis, Melaka telah di hadiri seramai 21 orang peserta dari Pusat Penyelidikan Mineral dan Bahagian Binaan dan Infrastruktur (BBI), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS) Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan status atau kemajuan terkini Projek Pembinaan Bangunan Makmal Teknologi Silika.

Pegawai PPM diketuai oleh Pengarah, Haji Md Muzayin bin Alimon, Timbalan Pengarah, Encik Aminudin bin Mahmud, Ketua Projek Pembinaan Bangunan Makmal Silika, Haji Mohamad Haniza bin Mahmud, Penolong jurutera, Encik Khairul Anuar bin Ahmad Rosli dan Haji Salim bin Kassim, Juruteknik. Manakala pegawai BBI-JPS pula terdiri daripada Ir. Haji Shukri bin Muslim, Pengarah BBI, Ar Norshahrin binti Azmi, Arkitek dan lain-lain pegawai.

Written by : ezulia