PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH 2018: Pasukan kerja Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari sedang menjalankan satu siri eksperimen ujian column di bawah Projek Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Hijau bagi Pemulihan Lombong – Pembangunan Teknologi Rawatan AMD (Acid Mine Drainage) secara Pasif. Kaedah rawatan pasif ini menggunakan campuran batu kapur dan bahan organik untuk merawat saliran lombong berasid. Sampel saliran lombong berasid diperoleh dari sebuah lombong bijih besi di Bukit Besi, Terengganu. Antara bahan-bahan organik yang diuji adalah tanah organik, sekam padi, habuk kayu dan kompos cendawan terpakai. Keputusan awal mendapati pH saliran lombong berasid mampu meningkat dari pH 2.5 sehingga pH 6.3 selepas dirawat menggunakan kaedah rawatan ini. Eksperimen ini dijangka berjalan selama sebulan.
http://blog.jmg.gov.my/pusat-penyelidikan-mineral/pembangunan-teknologi-rawatan-amd-secara-pasif-ujian-column#sigProIde2501c0d27