CERIA DI GALERI R&D PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL-LAWATAN SAMBIL BELAJAR GURU DAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN HO SENG ONG METHODIST, IPOH,PERAK

CERIA DI GALERI R&D PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL-LAWATAN SAMBIL BELAJAR GURU DAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN HO SENG ONG METHODIST, IPOH,PERAK

Pada 9 Oktober 2018, Galeri R&D Pusat Penyelidikan mineral(PPM) telah menerima kunjungan pelawat dari SK Ho Seng Ong Methodist, Ipoh. Seramai 24 orang pelajar hadir dengan diiringi oleh 3 orang guru dari sekolah tersebut. Mereka tiba di pekarangan PPM sekitar jam 10 pagi dan disambut oleh En Hamdan bin Yahya selaku Ahli Jawatankuasa Galeri R&D PPM yang bertanggungjawab untuk memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan aktiviti di Galeri R&D PPM kepada para pelawat.

Para pelajar menceriakan suasana dengan mengucapkan โ€œSelamat pagi, cikguโ€ di awal sesi taklimat. En Hamdan juga sempat menyediakan beberapa kuiz mengenai mineral untuk menambahkan lagi rasa ingin tahu para pelajar sekolah tersebut.

Seusai taklimat, pelajar-pelajar berserta guru-guru dibawa melihat alat-alat dan informasi yang terdapat di Galeri R&D PPM. Mereka juga diberikan penerangan serba sedikit tentang aktiviti penyelidikan di PPM.

Di akhir lawatan, PPM telah menyediakan sedikit cenderahati sebagai tanda kenangan kepada pelawat Galeri R&D PPM. Diharap pihak SK Ho Seng Ong Methodist berpuas hati dengan layanan dan maklumat yang kami berikan. Terima kasih dan jumpa lagi!

 

Written by : ezulia