NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE (NGC) 2018 & SHORT-COURSE ON ADVANCED BLASTING AND TECHNOLOGY

NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE (NGC) 2018 & SHORT-COURSE ON ADVANCED BLASTING AND TECHNOLOGY

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH: Pada 18 hingga 19hb September 2018, Dr Hj Ismail Ibrahim, Encik Anuar Othman dan Cik Fatihah Azmi telah menyertai National Geoscience Conference (NGC 2018) yang diadakan di Hotel Bayview, Georgetown, Pulau Pinang. NGC 2018 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Geologi Malaysia, dan pada kali ini, acara tersebut dianjurkan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang. Tema pada tahun ini ialah Georesources Development for A Sustainable Future. Untuk sesi pembentangan, Dr Hj Ismail telah membentangkan kertas kerja bertajuk Physical and Physico-chemical Processing of Malaysian Sulphide Iron Ore yang ditulis bersama Dr Nazwin Ahmad, Salmah Baharuddin dan Roshaida Arbain, manakala Cik Fatihah telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Baseline Water Quality Data of Mines in Kelantan. Encik Anuar pula mempertandingkan poster yang bertajuk The Effectiveness Study of Calcium and Magnesium Oxides in Acid Mine Drainage Treatment yang ditulis bersama Prof. Madya Dr. Azli Sulaiman, Dr. Hj Ismail Ibrahim dan Encik Mohd Syahrir Mohd Rozi. Bagi sesi pembentangan kertas kerja, Cik Fatihah telah berjaya meraih salah satu anugerah bagi Best Oral Award di antara sepuluh pembentang terbaik.

Kesinambungan daripada NGC 2018, pada 20hb September 2018, Cik Fatihah Azmi telah menyertai Advanced Short-Course on Blasting Technology yang juga bertempat di Hotel Bayview, Georgetown, Pulau Pinang. Tujuan kursus tersebut ialah untuk mempelajari tentang teknologi terbaru, undang-undang, keselamatan, inovasi dan lain-lain perkara yang berkaitan untuk diaplikasikan dalam proses peletupan terutamanya yang dijalankan di kuari yang sedia ada. Kesemua penceramah yang dijemput dari kalangan pakar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

 

 

Written by : ezulia