PROGRAM JOM BACA PERPUSTAKAAN PPM 2020

PROGRAM JOM BACA PERPUSTAKAAN PPM 2020

Program Jom Baca 2020 termasuk dalam Program Galakan Membaca yang diwar-warkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Ia adalah salah satu aktiviti utama Perpustakan Negara Malaysia (PNM). Program ini bertujuan membentuk sikap membaca di kalangan rakyat Malaysia terutama kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan juga menggalakkan kakitangan PPM untuk mengunjungi Perpustakaan PPM.

Oleh yang demikian dapat memupuk minat dan amalam membaca serta cintakan buku di kalangan kakitangan PPM serta menyajikan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk disertai oleh kakitangan PPM dalam Program Jom Baca 2020. Program Jom Baca PPM ini telah berjaya dijalankan pada hari Khamis, 17 September 2020. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang Program Jom Baca adalah seperti berikut:

1. Pertandingan Teka Berat Buku
2. Pertandingan Mewarna
3. Pertandingan Teka Silang Kata
4. Pertandingan Rumi Ke Jawi
5. Slot Kupasan Buku “Read Me A Book”

Puan Salmah Binti Baharuddin selaku Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan mewakili Pengarah Kanan PPM telah melakukan perasmian penutup bagi program Program Jom Baca 2020 serta menyampaikan hadiah bagi semua aktiviti-aktivit yang telah dijalankan.

Diharapkan dengan penglibatan seluruh warga PPM dalam program ini dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan budaya membaca dalam pembentukan masyarakat yang maju dan berilmu.

 

Taklimat Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 (UBD dan UPM) dan Pengurusan Dokumen PPM Tahun 2020

Taklimat Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 (UBD dan UPM) dan Pengurusan Dokumen PPM Tahun 2020

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 23 Julai 2020. Unit Latihan PPM telah mengadakan satu Taklimat Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 dan Pengurusan Dokumen kepada para Pegawai dan Pelaksana MS ISO 9001:2015 PPM tahun 2020. Taklimat tersebut telah diadakan pada 20 Julai 2020, bertempat di Dewan Seminar PPM.

Tujuan taklimat Perkhidmatan ISO itu diadakan adalah untuk memberi pencerahan serta maklumat-maklumat penting dalam pelaksanaan Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 dalam PPM.

Selain itu, para peserta yang hadir adalah terdiri daripada Pengarah Kanan PPM, para Pegawai Penyelidik, serta beberapa orang kakitangan Sokongan 1 dan 2. Para penceramah pula adalah terdiri daripada Pegawai Penyelidik CTBB, iaitu Pn. Siti Noorzidah Binti Mohd Sabri selaku TWP UBD/ Pengurus Teknikal, Pegawai Penyelidik CTPM, iaitu Pn. Roshaida Binti Arbain selaku Pengurus Teknikal CTPM/ Pegawai Dokumen, dan Pegawai Penyelidik CTBS, iaitu En. Mohd Idham Bin Mustaffar selaku Pegawai Dokumen.

Baca selanjutnya

Tahniah YBrs Dr Nazwin Atas Pelantikan Sebagai Pengarah Kanan PPM

Tahniah YBrs Dr Nazwin Atas Pelantikan Sebagai Pengarah Kanan PPM

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 31 Julai 2019. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada YBrs Dr Nazwin binti Ahmad atas pelantikan sebagai Pengarah Kanan PPM baharu yang berkuatkuasa bermula pada 18 Mei 2020. Sebelum ini, YBrs Dr Nazwin telah memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (KCPP) PPM.

Seluruh warga PPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada YBrs Dr Nazwin atas pelantikan sebagai Pengarah Kanan PPM. Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih komited, berdedikasi dan cemerlang demi pembangunan dan kemajuan jabatan pada masa akan datang. Semoga PPM akan terus melangkah lebih jauh dalam bidang penyelidikan mineral di negara ini dan mencapai lebih banyak kejayaan di bawah pentadbiran YBrs Dr.

Bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu Anjuran CTBB

Bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu Anjuran CTBB

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 15 Julai 2020. Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) telah berjaya menganjurkan sebuah bengkel, iaitu Pemotongan dan Penggilapan Batu yang diadakan di Blok F, PPM. Para peserta yang terlibat dalam bengkel tersebut adalah terdiri daripada beberapa orang kakitangan Sokongan 2.

Tujuan bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta terhadap ciri-ciri batuan, peranan CTBB dalam PPM, serta teknik pemotongan dan penggilapan batu dengan betul. Para peserta juga diberi peluang untuk merasai pengalaman memotong dan menggilap batu masing-masing menggunakan peralatan makmal yang telah disediakan.

Baca selanjutnya

Persaraan Pengarah Kanan PPM

Persaraan Pengarah Kanan PPM

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 20 Januari 2020. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Kanan PPM, Encik Aminudin bin Mahmud yang telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam pada 17 Januari 2020 yang lalu. Di kesempatan ini, Pengarah Kanan telah menyampaikan ucapan terakhir beliau bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan yang telah diadakan pada 14 Januari 2020 bertempat di Dewan Seminar PPM.

Baca selanjutnya