Taklimat Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 (UBD dan UPM) dan Pengurusan Dokumen PPM Tahun 2020

Taklimat Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 (UBD dan UPM) dan Pengurusan Dokumen PPM Tahun 2020

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 23 Julai 2020. Unit Latihan PPM telah mengadakan satu Taklimat Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 dan Pengurusan Dokumen kepada para Pegawai dan Pelaksana MS ISO 9001:2015 PPM tahun 2020. Taklimat tersebut telah diadakan pada 20 Julai 2020, bertempat di Dewan Seminar PPM.

Tujuan taklimat Perkhidmatan ISO itu diadakan adalah untuk memberi pencerahan serta maklumat-maklumat penting dalam pelaksanaan Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 dalam PPM.

Selain itu, para peserta yang hadir adalah terdiri daripada Pengarah Kanan PPM, para Pegawai Penyelidik, serta beberapa orang kakitangan Sokongan 1 dan 2. Para penceramah pula adalah terdiri daripada Pegawai Penyelidik CTBB, iaitu Pn. Siti Noorzidah Binti Mohd Sabri selaku TWP UBD/ Pengurus Teknikal, Pegawai Penyelidik CTPM, iaitu Pn. Roshaida Binti Arbain selaku Pengurus Teknikal CTPM/ Pegawai Dokumen, dan Pegawai Penyelidik CTBS, iaitu En. Mohd Idham Bin Mustaffar selaku Pegawai Dokumen.

Seperti yang telah diketahui, PPM menyediakan dua jenis perkhidmatan kepada orang ramai, iaitu Ujian Batu Dimensi (UBD), dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM). Keistimewaan bagi kedua-dua perkhidmatan ini ialah perkhidmatan ini mematuhi piawai MS ISO 9001:2015, kualiti yang terjamin, serta harga yang sangat berpatutan. Mereka yang berminat dengan perkhidmatan ini adalah dialu-alukan untuk melayari portal rasmi PPM JMG untuk maklumat lanjut.

Akhir sekali, Unit Latihan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan taklimat tersebut. Semoga taklimat tersebut dapat menjadikan para kakitangan PPM sentiasa cakna dalam hal-hal berkaitan pelaksanaan ISO dalam kerja-kerja seharian, serta dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan di PPM.

Written by : ezulia