PERBINCANGAN TEKNIKAL DI JMG (KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG), AKTIVITI LAWATAN DAN PERSAMPELAN DI KUARI DOLOMIT, PERLIS.

PERBINCANGAN TEKNIKAL DI JMG (KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG), AKTIVITI LAWATAN DAN PERSAMPELAN DI KUARI DOLOMIT, PERLIS.

Pada 4 Mac 2021, Pusat Penyelidikan Mineral diwakili oleh 5 orang pegawai dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) telah mengadakan lawatan dan perbincangan projek R&D Dolomit Perlis bersama dengan pihak JMG (Kedah/Perlis/Pulau Pinang) yang diwakili oleh Timbalan Pengarah iaitu Tuan Haji Hamdan dan pegawai Geosains En Afif. Pelbagai idea dan maklumat telah dikongsikan bersama.

Lawatan diteruskan ke kuari Dolomite, Kangar Manufacturing Sdn. Bhd.. Pengurus kuari En Mohd Hafizul telah menerangkan serba sedikit tentang cara pengoperasian kuari serta kegunaan dolomit dari kuari beliau di pasaran serta. Pelbagai maklumat dikongsi dan aktiviti pengambilan sampel dijalankan untuk dibawa balik sebagai bahan kajian.

Lawatan diteruskan lagi pada 5 Mac 2021 ke Kuari Northern Dolomite Sdn. Bhd. bagi membincangkan projek Kerjasama pintar antara Pusat Penyelidikan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) dengan pihak kuari. Pihak kuari yang diwakili En Ruslan Bin Jamaludin bersetuju untuk meneruskan Kerjasama ini. Aktiviti pengambilan sampel juga dijalankan di kuari tersebut bagi tujuan kajian.

Written by : ezulia