BENGKEL ANALISIS PENGEMBANGAN TERMA MENGGUNAKAN ALAT DILATOMETER

BENGKEL ANALISIS PENGEMBANGAN TERMA MENGGUNAKAN ALAT DILATOMETER
IPOH,21 Ogos - Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan satu bengkel mengenai ‘Analisis Pengembangan Terma Menggunakan Alat Dilatometer’ pada hari ini.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai alat dilatometer, cara pengendalian dan prinsip yang digunakan disebalik analisis yang dijalankan.
Bengkel ini di sampaikan oleh Encik Kelvin, wakil daripada LMS Scientific Solution Sdn. Bhd dan dihadiri oleh seramai 15 orang pegawai dan pembantu penyelidik.
Diharapkan bengkel ini dapat memberikan pendedahan dalam pengendalian alatan ini dan seterusnya meningkatkan lagi mutu penyelidikan di PPM.