CERAMAH TEKNIKAL “SOLVENT EXTRACTION FOR SEPARATION OF RARE EARTH ELEMENTS”

CERAMAH TEKNIKAL “SOLVENT EXTRACTION FOR SEPARATION OF RARE EARTH ELEMENTS”
19 Ogos 2024 – Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL) Bersama Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan satu program ceramah teknikal bertajuk “Solvent Extraction for Separation of Rare Earth Elements” pada hari ini.
Program ceramah ini bertujuan memberi kefahaman mendalam mengenai proses pengekstrakan pelarut (solvent extraction) untuk pemisahan unsur nadir bumi (REE). Program ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran dengan menyediakan pengetahuan praktikal tentang teknik dan aplikasi pengekstrakan pelarut untuk pemisahan REE dan juga bagi mendorong pembangunan teknologi dengan menggalakkan inovasi dalam teknologi pemprosesan, pengekstrakan, pemisahan dan rawatan REE untuk menjadikannya lebih efisien, selamat dan mesra alam.
Seramai 20 orang pegawai penyelidik dan pembantu penyelidik telah menghadiri program ini yang merupakan ahli pasukan REE di PPM. Ceramah telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Meor Yusoff bin Meor Sulaiman dari Syarikat Fenomena Inovasi Sdn. Bhd.
Semoga semua peserta dapat memanfaatkan program perkongsian ilmu ini bersama pakar yang berpengalaman ke arah membangunkan industri mineral terutama sumber nadir bumi bukan radioaktif di Malaysia.