IPOH, 2 Oktober - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan, Pusat Penyelidikan Mineral dengan kerjasama RGS Corporation Sdn. Bhd. , telah menganjurkan satu sesi ceramah teknikal pada hari ini.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Mr. Leonardo Salazar, Sr. Product Application Specialist/ Geologist dari Thermo Fisher Scientific Australia dan Mr Loy Hao Chih, Sales Manager dari RGS Corporation Sdn. Bhd. Sesi ceramah teknikal ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang pegawai dan pembantu penyelidik.
Diharapkan sesi ceramah ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memberikan pendedahan dalam bidang mineralogi dan geologi kepada semua penyelidik dan seterusnya meningkatkan lagi mutu penyelidikan di PPM.