IPOH, 27 SEPTEMBER - Pada hari ini telah diadakan program Kampus PPM Bil 2 Tahun 2024: Pembentangan Pelajar Latihan Industri. Seramai 4 orang pelajar latihan industri telah membentangkan projek mereka masing-masing selama menjalani latihan industri di PPM.
Pembentang pertama, Cik Wan Adriana Zahirah Binti Mior Ahmad Zaini dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam bidang Kejuruteraan Kimia telah membentangkan projek yang bertajuk Recovery of Rare Earth Element from Metallic Mine Waste by Acid Leaching. Beliau menjalani latihan industri bermula 22 Julai 2024 – 27 September 2024 di Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) di bawah seliaan Ts. Mohd. Zaid bin Md. Sharif.
Pembentangan kedua bertajuk The Effectiveness of Local Magnesium Oxide for the Pre-treatment of Batik Wastewater telah disampaikan oleh Cik Norfaezah Binti Ramli. Beliau menjalani latihan industri di Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) di bawah seliaan Pn. Siti Mazatul Azwa binti Saiyed Muhd. Nurddin.
Pembentangan ketiga yang bertajuk Study on The Effect of Sintering Temperature on Different Shapes and Size of Glass Ceramic Tiles Made from Silica Sand and Soda Lime Glass Waste telah disampaikan oleh Cik Nur Izzatul Alia Binti Jasneh. Beliau telah ditempatkan di Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) di bawah seliaan En. Mohd. Hakim bin Ibrahim.
Manakala pembentangan keempat telah disampaikan oleh Cik Rosuizzaty Binti Mohd Said yang bertajuk Removal of Manganese Ion from Aqueous Solution using Alginate-Magnesium Oxide Composite Beads: Optimization via Batch Studies. Beliau telah ditempatkan di Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) di bawah seliaan Pn. Hamizah binti Abdul Samad.
Pembentang kedua, ketiga dan keempat merupakan pelajar dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kimia Gunaan (Industri dan Analisis) dan telah menjalani latihan industri pada 5 Ogos 2024 – 29 September 2024. Sesi pembentangan ini diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada para pembentang.
Semoga sesi pembentangan ini menjadi medan perkongsian ilmu buat para pelajar bersama warga PPM. Di samping itu, secara tak langsung ia juga menjadi ruang latihan kepada pelajar dalam membentangkan kertas teknikal semasa memasuki alam pekerjaan kelak. Kami di PPM mendoakan semoga para pelajar ini terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi nanti.