Hari Keluarga PPM 2012

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PPM telah berjaya menganjurkan HARI KELUARGA PPM 2012 di Kurau Stone Fishing Resort, Batu Kurau, Perak pada 8 dan 9 September 2012. Seramai 130 orang kakitangan dan keluarga PPM berkumpul sebagai satu keluarga besar yang menjayakan hari keluarga ini. Banyak acara telah disusun sebegitu rupa agar semua warga PPM dan keluarga dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara satu dengan yang lain. Tahniah kepada KELAB PPM yang telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga PPM.

Antara program yang berlangsung ialah:

  • Perasmian Hari Keluarga oleh Pengarah PPM
  • Taklimat Keselamatan Jalanraya oleh JKJR
  • Treasure Hunt – sebanyak 27 keluarga mengambil bahagian / 27 buah kenderaan
  • Pelepasan aktiviti treasure hunt dimulakan di PPM dengan diiringi oleh Pasukan Polis Trafik Ipoh
  • Acara treasure hunt Kuala Kangsar – Taiping Batu – Kurau
  • Acara sukan / sukaneka
  • Pertandingan mewarna dan melakar
  • Makan malam BBQ – kambing golek
  • Acara persembahan nyanyian – life band
  • Penyampaian hadiah dan cabutan nombor bertuah
  • Kuliah suboh
  • Senamrobik – merentas desa
  • Pertandingan memancing
  • Melawat zoo Taiping

Keteguhan institusi keluarga kakitangan PPM adalah satu elemen yang penting dalam kesinambungan nilai-nilai kekeluargaan yang cuba diterapkan kepada warga PPM. Keperluan untuk mewujudkan rasa kekeluargaan di kalangan kakitangan dan saling berkomunikasi serta saling bantu membantu antara sama lain perlu sentiasa dipupuk. Keperluan untuk merapatkan hubungan antara kakitangan dirasakan perlu sebagai mengurangkan rasa perbezaan yang wujud sesama kita, selisih faham antara kakitangan, mengikis jurang perbezaan serta meningkatkan rasa kekitaan dan nilai-nilai bersama dan rasa sayang kepada PPM.

1

2

3

4

Acara-acara bersifat informal yang melibatkan semua peringkat warga di PPM sesungguhnya memberikan impak yang positif ke arah pengukuhan dan pemantapan semangat kerjasama dalam organisasi serta mampu mencetuskan perasaan kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang lebih tinggi kepada warga PPM.

Hubungan akrab yang sedia terjalin erat di antara semua anggota dan suasana harmoni yang sedia wujud di organisasi ini akan memudahkan pelaksanaan program-program pembangunan dan penyelidikan yang telah dirancang oleh Jabatan.

Seharusnya program seperti ini dapat diperhebatkan lagi di tahun-tahun yang akan datang.

Disertakan gambar-gambar yang menceritakan perjalanan dan kejayaan Hari Keluarga PPM 2012.

7

8

11

13

14

15

Written by : ezulia