KAMPUS PPM: SESI PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

KAMPUS PPM: SESI PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
Ipoh, 29 September - Pada pagi ini telah diadakan Program Kampus PPM: Pembentangan Pelajar Latihan Industri.
Pembentangan bertajuk Acid Activation of Bentonite and Its Application as Adsorbent Beads for Manganese Removal telah disampaikan oleh Cik Nurul Ain binti Roslan, pelajar latihan industri dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kimia Gunaan (Industri dan Analisis).
Cik Nurul Ain telah menjalani latihan industri selama 8 minggu di Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) di bawah seliaan Pn. Hamizah binti Abdul Samad bermula 7 Ogos 2023 - 29 September 2023.
Semoga sesi pembentangan ini menjadi medan perkongsian ilmu buat warga PPM. Di samping itu, secara tidak langsung ia juga dapat menjadi ruang latihan kepada pelajar latihan industri dalam membentangkan kertas teknikal semasa masuk ke alam pekerjaan kelak.