Lawatan Teknikal Ke Syarikat Batamas Sdn. Bhd. Batu Gajah, Perak

Seksyen Teknologi Bahan Termaju telah mengadakan lawatan teknikal ke Syarikat BATAMAS Sdn Bhd, Batu Gajah, Perak pada 3 Julai 2012. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengalaman dan memberi pengetahuan kepada pegawai dan kakitangan STBT mengenai penggunaan bahan berasaskan pasir silika dalam industri di Malaysia.

Syarikat BATAMAS telah beroperasi sejak 1982 dan merupakan syarikat yang pertama mengeluarkan bata kalsium silikat yang bermutu tinggi di Malaysia dibawah jenama KALSA. Lawatan ini telah memberi pendedahan mengenai pelbagai penggunaan bata kalsium silikat dalam industri pembinaan di Malaysia.

Di samping itu tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat latarbelakang syarikat, sumber bahan mentah, teknik memproses dan analisis yang dijalankan oleh syarikat ini. STBT juga meninjau peluang kerjasama yang lebih mantap dalam menjalankan aktiviti penyelidikan antara PPM dengan Syarikat BATAMAS Sdn Bhd.

1

Written by : ezulia