MAJLIS JASAMU DIKENANG, KSKPPM

Pada 17 Disember 2012, Kelab Sukan dan Kebajikan PPM di bawah kelolaan Biro Sosial telah berjaya mengadakan MAJLIS JASAMU DIKENANG bertempat di Ballroom, Hotel Heritage, Ipoh.  Pesara yang diraikan adalah terdiri dari 4 orang kakitangan PPM iaitu YM. Haji Raja Ahmad bin Raja Ali, Tuan Haji Zolpata bin Abu Sahan, Puan Robaayah binti Hassan dan Encik Tumiran bin Puji.

Majlis dimulakan dengan paluan kompang mengiringi ketibaan Pengarah dan para pesara. KSK PPM juga turut menjemput suami dan isteri para pesara.  Pengarah telah menyampaikan saguhati dari KSK PPM kepada para pesara  untuk dijadikan kenangan.  Majlis juga diserikan dengan acara memotong kek oleh para pesara. Semoga kenangan bersama akan dikenang disanubari para pesara sepanjang perkhidmatan dengan PPM.

Written by : ezulia