PPM Berjaya Dalam Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015

PPM Berjaya Dalam Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015

Sekalung tahniah buat PPM atas kejayaan melepasi audit pensijilan semula (recertification audit) yang telah dijalankan pada 29 November 2021 sehingga 1 Disember 2021 oleh auditor dari SIRIM QAS, Puan Meena Regawan. Pada kali ini, mesyuarat pembuka dan penutup audit dilakukan secara hibrid dengan kehadiran bilangan peserta ke bilik mesyuarat dalam bilangan yang terhad dan baki peserta menghadiri mesyuarat secara dalam talian bagi mengekang penularan wabak covid-19 yang masih melanda.

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang dilaksanakan di PPM ialah Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) iaitu melibatkan bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika. Sebagai rekod, PPM mula menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dari SIRIM pada Disember 2012 untuk skop Ujian Batu Dimensi (UBD).

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPM atas kejayaan ini. Semoga PPM terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan bagi kedua-dua skop ini dan terus melakar kejayaan cemerlang pada masa hadapan.

Written by : noorhafizah