PPM Merangkul Kejayaan Cemerlang dalam ITEX’19

PPM Merangkul Kejayaan Cemerlang dalam ITEX’19

Sekalung tahniah diucapkan kepada PPM kerana telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas dalam 30th International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2019 (ITEX’19) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 - 4 April 2019 yang lalu.

Ini adalah penyertaan ke-5 PPM dalam pertandingan tersebut dan pada tahun ini, PPM telah menghantar 2 buah rekacipta untuk dipertandingkan iaitu Anti Thermal Shock Porcelain Whitewares oleh Pn Aspaniza Ahmad dan pasukannya dari Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL) dan Poly Art Marble: From Waste to Worth oleh Pn Hamizah Abdul Samad dan pasukannya dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT).

Berkat doa daripada semua warga JMG dan kesungguhan para pegawai yang bertanding serta sokongan padu daripada Pengurusan PPM dan JMG, telah membuahkan hasil yang manis kerana pertama kali sepanjang penyertaan PPM dalam ITEX ini berjaya membolot dua pingat emas. Semoga kejayaan ini mampu menaikkan semangat setiap warga PPM khasnya dan warga JMG amnya untuk berusaha dengan lebih gigih dalam memajukan dan meningkatkan lagi nama PPM-JMG di persada dunia.

 

Written by : ezulia