MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PPM DAN PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 4/2024

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PPM DAN PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 4/2024
IPOH, 27 Ogos - Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Pusat Penyelidikan Mineral dan Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral Bil. 4 Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Seminar, PPM pada hari ini.
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bermula dengan pertandingan Auto Show Merdeka 2024 yang diadakan di perkarangan PPM. Sebanyak 4 buah kereta dan 3 buah motorsikal berhias telah dipertandingkan.
Kemudian, majlis diteruskan dengan acara dewan yang dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu Kebesaran Negeri Perak dan Lagu Jalur Gemilang. Bacaan doa telah dipimpin oleh En. Ahmad Amirul Aiman, penaik bendera oleh Tuan Sayed Azmi dan lafaz Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh En. Fadrul Faiz.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan PPM dengan menyampaikan perutusan amanat seterusnya merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia PPM 2024.
Majlis diikuti dengan tayangan montaj imbasan aktiviti dan peristiwa sepanjang bulan Julai dan Ogos 2024. Kemudian, majlis diteruskan dengan tayangan video perpindahan kakitangan yang telah berpindah dari PPM ke jabatan lain iaitu En. Asrul Affendi bin Amran (berpindah ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai, Perak).
Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi pengenalan 3 orang kakitangan baharu (Pn. Noor Azureen binti Mohd Kamil, Penolong Akauntan W29; En. Mohd Zikri bin Mohd Nizar, Pembantu Operasi, N11 dan En. Megat Harun Al-Rashid bin Megat Idris, Penolong Jurutera (Mekanikal), JA29). 5 orang pelajar industri juga turut diperkenalkan.
Acara Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia PPM 2024 diserikan lagi dengan Ceramah Kemerdekaan bertajuk β€œWira Negara: Senyap dan Tangkas” yang disampaikan oleh YDH SUPT Hamzah bin Abdul Rani, Pegawai Turus Risik/Gerakan, 69 Komando Pasukan Gerak Khas. YDH SUPT Hamzah berkongsi pengalaman kisah perjuangan perajurit negara mempertahankan Malaysia semasa peristiwa Tanduo/OP SULU di Lahad Datu, Sabah yang berlaku pada tahun 2013.
Kemudian, majlis disusuli dengan sesi bergambar warga PPM bersama pasukan 69 Komando.
Acara sambutan kemerdekaan diteruskan lagi dengan Kuiz Kahoot! bertemakan β€œBahasa Jiwa Bangsa”. Warga PPM teruja dan bersemangat menjawab kuiz santai yang telah disediakan.
Majlis sambutan kemerdekaan turut dilengkapi dengan upacara penyampaian hadiah oleh Pengarah Kanan PPM kepada semua pemenang program-program sambutan kemerdekaan iaitu Auto Show Merdeka, Kuiz Kahoot!, Pakaian Beragam Merdeka Pertandingan Cerita Memori Merdekaku.
Majlis diakhiri dengan persembahan Cerita Memori Merdekaku yang penuh sayu oleh Juara Pertandingan Cerita Memori Merdekaku iaitu Pn. Marlinda binti Daud dan majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.