Lawatan Kerja Institut Darul Ridzuan ke Pusat Penyelidikan Mineral

Lawatan Kerja Institut Darul Ridzuan ke Pusat Penyelidikan Mineral
IPOH, 11 Mac – Institut Darul Ridzuan (IDR) telah melakukan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG).
Lawatan ini bertujuan mengadakan sesi perbincangan pembangunan kertas kerja kajian mineral strategik.
Delegasi seramai 3 orang ini diketuai oleh Prof. Dr. Maisarah Ahmad, Ketua Eksekutif, Institut Darul Ridzuan.
Aturcara lawatan ini berlangsung pada sebelah pagi dengan sesi perbincangan dua hala berkaitan bidang kerjasama mineral strategik yang boleh disepakati bersama, khususnya di negeri Perak.
Delegasi IDR turut dibawa melawat beberapa makmal PPM-JMG bagi menyaksikan produk serta hasil penyelidikan PPM-JMG yang berpotensi untuk dikomersialkan.