Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi Penang International Invention, Innovation & Design (PIID) 2023

Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi Penang International Invention, Innovation & Design (PIID) 2023
PULAU PINANG, 18 MEI 2023 - Pusat Penyelidikan Mineral berjaya membawa pulang satu pingat emas dalam pertandingan inovasi Penang International Invention, Innovation & Design (PIID) 2023 yang berlangsung di UiTM Permatang Pauh pada 16 - 18 Mei 2023.
 
Pusat Penyelidikan Mineral telah menghantar 1 penyertaan iaitu Transforming Industrial Mineral Waste For Beneficial High Grade White Filler dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB).
 
Tahniah diucapkan dan semoga PPM terus cemerlang dalam inovasi di persada antarabangsa.
 

Pingat Emas dan Anugerah Istimewa dalam Pertandingan Malaysia Invention & Innovation Expo 2023 (MIIX 2023)

Pingat Emas dan Anugerah Istimewa dalam Pertandingan Malaysia Invention & Innovation Expo 2023 (MIIX 2023)
Tahniah diucapkan kepada Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) dan Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) kerana telah memenangi pingat emas dan anugerah istimewa dalam Pertandingan Malaysia Invention & Innovation Expo 2023 (MIIX 2023) yang diadakan secara virtual.
 
1. pHix: An Eco-Friendly Technology Combo to Mitigate Acid Mine Drainage
Pingat: Emas
Anugerah: Sustainability Innovation Special Award
Teknologi rawatan air mesra alam ini dibangunkan oleh pasukan penyelidik JMG untuk merawat saliran lombong berasid (Acid Mine Drainage - AMD) yang merupakan air sisa industri perlombongan. Inovasi ini melibatkan kombinasi 3 teknologi rawatan air iaitu rawatan aktif, rawatan pasif dan fitoremediasi dalam menghasilkan kaedah rawatan AMD yang terbaik.
 
2. Bringing Waste Back into the Cycle - Eco-Sintered Tiles
Pingat: Emas
 
Inovasi ini adalah untuk menghasilkan jubin kaca seramik tersinter berkos efektif yang diperbuat daripada sisa industri yang mempunyai sifat fizikal-mekanikal yang tinggi setanding dengan jubin seramik komersil yang terdapat dipasaran.