SESI AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA TAHUN 2024

SESI AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA TAHUN 2024
IPOH, 9 OKTOBER – Sesi Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia selama dua hari bermula 8 Oktober 2024.
Audit dalaman ini bertujuan memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dalam setiap Cawangan/ Unit berada dalam keadaan mematuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015 serta memastikan pengurusan risiko dan peluang diambil kira dalam pelaksanaan SPK Cawangan/ Unit dan memastikan proses tambah nilai yang berterusan dilakukan dalam pelaksanaan sistem tersebut.
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang dilaksanakan di PPM yang mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2015 ialah Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) yang melibatkan bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika.
Sebagai rekod, PPM mula menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dari SIRIM pada Disember 2012 untuk skop Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Disember 2014 bagi skop Ujian Pemprosesan Mineral (UPM).
Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan ISO PPM atas segala usaha dan komitmen yang diberikan. Semoga maju jaya dalam sesi audit luar pada pertengahan November nanti.