Program PIN/CSR di Gua Sireh, Baling, Kedah

Program PIN/CSR di Gua Sireh, Baling, Kedah
3 SEPTEMBER - Seramai 20 Kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) hari ni telah pun menyertai program PIN/CSR di Gua Sireh, Baling, Kedah. Program ini turut disertai oleh Pengarah Kanan PPM, Dr. Nazwin binti Ahmad.
 
Gua Sireh terletak di Kampung Padang Cik Mas, Mukim Pulai, Baling, Kedah telah menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar negara sejak di buka pada tahun 2019. Menurut kajian ahli arkeologi, tinggalan cara hidup prasejarah yang masih wujud terutamanya di dinding luar Gua Sireh menunjukkan masyarakat terawal sudah mendiami Kawasan berkenaan antara 16,000 hingga 17,000 tahun yang lalu.

Pertandingan Laman Merdeka Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2022

Pertandingan Laman Merdeka Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2022
IPOH- 26 OGOS 2022. Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan Pertandingan Laman Merdeka Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2022.
 
Pertandingan bertemakan “Keluarga Malaysia” ini melibatkan kesemua cawangan di PPM. Melalui pertandingan ini, terserlah kebolehan dan kreativiti warga PPM dalam menghiasi Laman Merdeka masing-masing.
 
Seramai 2 orang juri telah dijemput dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) dan JMG Negeri Perak dan penilaian telah dilakukan pada jam 9:30-11:00 pagi tadi.
 
Pertandingan ini di menangi oleh Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral.
 
Syabas diucapkan.

Taklimat Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan

Taklimat Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan
IPOH, 23 OGOS- Satu Taklimat Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan diadakan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains hari ini.
 
Program dimulakan dengan Ucapan Perasmian oleh Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempong, Tuan Hj Malek Bin Selamat.
Taklimat tersebut disampaikan oleh Pegawai Bomba Kanan 2, Khairuddin Hussin dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh.
Program ini diadakan bertujuan membentuk sikap siap siaga kakitangan sekiranya berlaku kebakaran disamping memberikan ilmu pengetahuan, pemahaman, dan langkah-langkah persediaan yang berkaitan dengan pengurusan keselamatan kebakaran kepada warga kerja PPM.
 
Turut hadir, Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Puan Salmah Bt Baharuddin.

Simposium Mineral (SIMPOMIN) ke 10 tahun 2022: Unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE)

Simposium Mineral (SIMPOMIN) ke 10 tahun 2022: Unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE)
PUTRAJAYA, 11 OGOS- Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Datuk Haji Rosli Bin Isa menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium Mineral (SIMPOMIN) ke 10 tahun 2022: unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Hotel Everly hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi.
 
Simposium Mineral (SIMPOMIN) pada tahun ini juga di siarkan melalui FB Live JMG dan disertai oleh 240 peserta.
 
Semoga inisiatif ini dapat diteruskan dalam menjadikan Pusat Penyelidikan Mineral sebagai pusat penyelidikan yang disegani.