IPOH, 13 Mac - Satu taklimat MS ISO 9001:2015 bagi Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) telah diadakan kepada ahli Pasukan Pameran dan Galeri PPM dan pegawai khidmat pelanggan PPM.
Baca selanjutnya
Lawatan Kerja Institut Darul Ridzuan ke Pusat Penyelidikan Mineral
IPOH, 11 Mac – Institut Darul Ridzuan (IDR) telah melakukan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG).
Lawatan ini bertujuan mengadakan sesi perbincangan pembangunan kertas kerja kajian mineral strategik.
Delegasi seramai 3 orang ini diketuai oleh Prof. Dr. Maisarah Ahmad, Ketua Eksekutif, Institut Darul Ridzuan.
Aturcara lawatan ini berlangsung pada sebelah pagi dengan sesi perbincangan dua hala berkaitan bidang kerjasama mineral strategik yang boleh disepakati bersama, khususnya di negeri Perak.
Delegasi IDR turut dibawa melawat beberapa makmal PPM-JMG bagi menyaksikan produk serta hasil penyelidikan PPM-JMG yang berpotensi untuk dikomersialkan.
BICARA PROFESSIONAL: TEORI DAN PEMBANGUNAN APLIKASI MOBIL DI CAWANGAN TEKNOLOGI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN
IPOH, 6 MAC - YBrs. Dr. Hj. Izhar Abadi bin Ibrahim Rais, Ketua Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian telah menyampaikan ceramah bertajuk Bicara Professional: Teori dan Pembangunan Aplikasi Mobil di Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian yang diadakan di Dewan Seminar PPM hari ini.
Program anjuran Cawangan Pelaksana Pengkomersialan ini bertujuan memberi peluang kepada YBrs Dr. Hj. Izhar Abadi berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau dalam pembangunan aplikasi mobil sebelum beliau akan berpencen pada 28 Mac 2025.
Aplikasi mobil ini dibangunkan bagi memantau kadar habuk dalam udara di sekitar kuari. Pelbagai teori, pengetahuan dan pengalaman yang beliau berkongsi sepanjang membangunkan aplikasi mobil ini.
Semoga kita semua dapat mengambil manfaat daripada program ini.
CERAMAH AGAMA BULANAN
IPOH, 28 FEB - Ustaz Karim bin Abdul Samad menyampaikan ceramah agama bertajuk Persediaan Ramadan yang telah diadakan di Dewan Seminar PPM hari ini.
Ceramah agama ini merupakan program bulanan anjuran Biro Kebajikan, Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM).
Semoga kita semua dapat mengambil manfaat daripada ceramah ini.
Latihan Analisis Kandungan Mineral (QME)
Ipoh, 26–28 Februari 2025 – Pasukan pelaksana MS ISO 9001 dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menjalani Latihan Analisis Kandungan Mineral (QME) di Unit Petrologi & Mineralogi, Cawangan Geosains, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (BPT-JMG) selama tiga hari. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai serta kakitangan dalam analisis kandungan mineral serta memberi pendedahan terhadap teknik analisis yang digunakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan berdasarkan di PPM. Seramai 17 kakitangan PPM telah menyertai latihan ini bersama 10 kakitangan BPT yang berperanan sebagai tenaga pengajar dan fasilitator.
Baca selanjutnya