CERAMAH TEKNIKAL “SOLVENT EXTRACTION FOR SEPARATION OF RARE EARTH ELEMENTS”

CERAMAH TEKNIKAL “SOLVENT EXTRACTION FOR SEPARATION OF RARE EARTH ELEMENTS”
19 Ogos 2024 – Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL) Bersama Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan satu program ceramah teknikal bertajuk “Solvent Extraction for Separation of Rare Earth Elements” pada hari ini.
Program ceramah ini bertujuan memberi kefahaman mendalam mengenai proses pengekstrakan pelarut (solvent extraction) untuk pemisahan unsur nadir bumi (REE). Program ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran dengan menyediakan pengetahuan praktikal tentang teknik dan aplikasi pengekstrakan pelarut untuk pemisahan REE dan juga bagi mendorong pembangunan teknologi dengan menggalakkan inovasi dalam teknologi pemprosesan, pengekstrakan, pemisahan dan rawatan REE untuk menjadikannya lebih efisien, selamat dan mesra alam.
Seramai 20 orang pegawai penyelidik dan pembantu penyelidik telah menghadiri program ini yang merupakan ahli pasukan REE di PPM. Ceramah telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Meor Yusoff bin Meor Sulaiman dari Syarikat Fenomena Inovasi Sdn. Bhd.
Semoga semua peserta dapat memanfaatkan program perkongsian ilmu ini bersama pakar yang berpengalaman ke arah membangunkan industri mineral terutama sumber nadir bumi bukan radioaktif di Malaysia.

Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 2/2024

Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 2/2024
IPOH, 8 OGOS - Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 2/2024 telah diadakan di Dewan Seminar Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad.
Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat bilangan 2 ini ialah kemaskini perbelanjaan setiap cawangan di PPM, isu tapisan keselamatan, Bengkel Penulisan Bajet Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13), dan lain – lain isu semasa berkaitan PPM.

Lawatan dari Politeknik Akamigas Palembang Indonesia (PAP)

Lawatan dari Politeknik Akamigas Palembang Indonesia (PAP)
IPOH, 7 dan 14 Ogos - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan daripada pelajar antarabangsa Program 3rd Mineral Resources International Summer School 2024 (MIRESS) di bawah kelolaan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, USM pada hari ini.
Rombongan terdiri daripada 42 orang pelajar dan 1 orang guru pengiring dari Politeknik Akamigas Palembang Indonesia (PAP) dan 3 orang urusetia dari PPKBSM, USM.
Dalam lawatan ini, ahli rombongan telah diberi taklimat mengenai PPM dan dibawa melawat hasil penyelidikan PPM di Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal CTBB, CTBL, CTBT dan CTPLK.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat memberi input dan perkongsian pengalaman yang berguna dengan para pelajar sebagai pewaris dalam bidang sumber mineral di rantau ini.

Aktiviti Dismantle Peralatan Pengesan Habuk

Aktiviti Dismantle Peralatan Pengesan Habuk
BUKIT MERTAJAM, 31 JULAI - Satu aktiviti dismantle peralatan pengesan habuk telah dijalanlan oleh Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) di Kuari FYS Marketing, Bukit Mertajam pada 29-31 Julai 2024.
Projek kerjasama “Ujian Adaptasi dan Verifikasi Data Bagi Sistem Pemantauan Data Bersepadu Pencemaran Habuk di Kuari FYS Marketing Sdn Bhd, Pulau Pinang ini telah bermula dari bulan Februari 2024 dan berakhir pada Julai 2024.

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA 1446H

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA 1446H
IPOH, 26 Julai - Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) melalui Biro Hawa telah menganjurkan satu program memasak bubur asyura bertempat di Dewan Serbaguna, PPM.
Kira-kira 140 bekas bubur asyura telah diedarkan kepada ahli KSKPPM termasuk ahli bersekutu, staf pembersihan dan pengawal keselamatan di PPM.
Diharapkan program ini dapat merapatkan hubungan
silaturahim di antara ahli KSKPPM disamping menyemarakkan semangat kerjasama
serta kerja berpasukan yang harmoni di kalangan ahli KSKPPM.