SESI POCKET TALK DI iGEM 2023

SESI POCKET TALK DI iGEM 2023
KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER - Sempena International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (iGEM) juga telah diadakan sesi Pocket Talk.
Sebanyak 14 slot Pocket Talk telah dibentangkan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
Sesi Pocket Talk ini ditawarkan kepada agensi-agensi di bawah NRECC untuk berkongsi kepada para pelabur, pelawat dan pemain industri berkenaan dengan inisiatif, polisi, insentif, produk dan projek-projek yang dilaksanakan oleh setiap agensi.
Pada sesi ini, pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari, PPM-JMG, En. Mohd Zaid Md. Sharif telah menyampaikan hasil inovasi bertajuk Floating NaturFix: A Sustainable Approach For Acid Mine Drainage Remediation.

International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM)

International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM)
KUALA LUMPUR, 4 - 6 OKTOBER - Seramai 4 orang pegawai Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang diketuai oleh Dr. Rohaya Othman telah menyertai
International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) yang bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Dalam penglibatan kali ini, PPM mengetengahkan projek yang bertajuk "Sustainable Green Earth Technology Innovation by Recycling Lime Waste for Producing PCC as Filler in Paint Manufacturing"
Dijangka menampilkan sehingga 400 reruai yang menjadi platform pameran untuk pemain Industri, Kementerian, Agensi, kerajaan Negeri, Kedutaan Antarabangsa dan Suruhanjaya Tinggi, Universiti, Pemula dan NGO.

BENGKEL PENCIRIAN BAHAN NANO

BENGKEL PENCIRIAN BAHAN NANO
Ipoh, 3 Oktober - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) dengan kerjasama Crest Analytic Sdn Bhd telah mengadakan satu Bengkel Pencirian Bahan Nano bagi menentukan saiz partikel, zeta potential dan berat molekul menggunakan alat nanoBrook OMNI.
Penceramah pada bengkel ini ialah Sarah M. Sakamoto dari Brookhaven Instruments, New York. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk Basic Theory & Working Principle of DLS for Particle Size Measurement.
Selepas sesi ceramah, diadakan sesi demostrasi penentuan saiz partikel menggunakan sampel daripada para peserta.
Semoga bengkel ini dapat memberikan kefahaman dan manfaat yang berguna kepada para peserta.

KAMPUS PPM: SESI PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

KAMPUS PPM: SESI PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
Ipoh, 29 September - Pada pagi ini telah diadakan Program Kampus PPM: Pembentangan Pelajar Latihan Industri.
Pembentangan bertajuk Acid Activation of Bentonite and Its Application as Adsorbent Beads for Manganese Removal telah disampaikan oleh Cik Nurul Ain binti Roslan, pelajar latihan industri dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kimia Gunaan (Industri dan Analisis).
Cik Nurul Ain telah menjalani latihan industri selama 8 minggu di Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) di bawah seliaan Pn. Hamizah binti Abdul Samad bermula 7 Ogos 2023 - 29 September 2023.
Semoga sesi pembentangan ini menjadi medan perkongsian ilmu buat warga PPM. Di samping itu, secara tidak langsung ia juga dapat menjadi ruang latihan kepada pelajar latihan industri dalam membentangkan kertas teknikal semasa masuk ke alam pekerjaan kelak.

BENGKEL PENGURUSAN RISIKO BAGI MS ISO 9001:2015

BENGKEL PENGURUSAN RISIKO BAGI MS ISO 9001:2015
Ipoh, 25 - 26 September - Bengkel Pengurusan Risiko telah diadakan selama 2 hari melibatkan semua pelaksana MS ISO 9001:2015 bagi skop perkhidmatan ujian batu dimensi (UBD) dan ujian pemprosesan mineral (UPM) di Pusat Penyelidikan Mineral.
Bengkel ini merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan mengkaji semula isu dan punca risiko dan tindakan-tindakan kawalan yang perlu dibuat berkaitan dengan pelaksanaan skop perkhidmatan ujian di PPM yang mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2015.
Bengkel ini dimulai dengan taklimat daripada En. Mohd. Idham bin Mustaffar selaku Pegawai Dokumen MS ISO 9001:2015 PPM. Kemudian para pelaksana dibahagikan kepada kumpulan mengikut skop perkhidmatan UBD dan UPM di samping kumpulan sokongan yang terlibat iaitu kewangan, latihan dan promosi. Bengkel kemudian diakhiri dengan pembentangan daripada setiap wakil kumpulan.
Bengkel Pengurusan Risiko ini menjadi acara penutup kepada program Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015 yang telah diadakan pada sepanjang bulan September pada setiap tahun.