Aktiviti Dismantle Peralatan Pengesan Habuk

Aktiviti Dismantle Peralatan Pengesan Habuk
BUKIT MERTAJAM, 31 JULAI - Satu aktiviti dismantle peralatan pengesan habuk telah dijalanlan oleh Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) di Kuari FYS Marketing, Bukit Mertajam pada 29-31 Julai 2024.
Projek kerjasama “Ujian Adaptasi dan Verifikasi Data Bagi Sistem Pemantauan Data Bersepadu Pencemaran Habuk di Kuari FYS Marketing Sdn Bhd, Pulau Pinang ini telah bermula dari bulan Februari 2024 dan berakhir pada Julai 2024.

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA 1446H

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA 1446H
IPOH, 26 Julai - Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) melalui Biro Hawa telah menganjurkan satu program memasak bubur asyura bertempat di Dewan Serbaguna, PPM.
Kira-kira 140 bekas bubur asyura telah diedarkan kepada ahli KSKPPM termasuk ahli bersekutu, staf pembersihan dan pengawal keselamatan di PPM.
Diharapkan program ini dapat merapatkan hubungan
silaturahim di antara ahli KSKPPM disamping menyemarakkan semangat kerjasama
serta kerja berpasukan yang harmoni di kalangan ahli KSKPPM.

TAKLIMAT MS ISO 9001:2015 BAGI UJIAN BATU DIMENSI DAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL KEPADA PASUKAN PAMERAN DAN GALERI PPM

TAKLIMAT MS ISO 9001:2015 BAGI UJIAN BATU DIMENSI DAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL KEPADA PASUKAN PAMERAN DAN GALERI PPM
IPOH, 22 Julai - Satu taklimat MS ISO 9001:2015 bagI Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) telah diadakan kepada ahli Pasukan Pameran dan Galeri PPM.
Taklimat ini bertujuan memberi maklumat dan input terkini mengenai perkhidmatan ujian batu dimensi dan ujian pemprosesan mineral di mana perkhidmatan ujian ini telah mendapat Pensijilan MS ISO 9001:2015.
Ini adalah kerana ahli Pasukan Pameran dan Galeri PPM merupakan barisan pertama yang akan bertemu dan mempromosikan perkhidmatan ini secara langsung kepada orang awam dan pihak industri yang berpotensi sebagai pelanggan perkhidmatan kami.
Taklimat pada hari ini telah disampaikan oleh En. Costantine Joannes dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) bagi perkhidmatan ujian pemprosesan mineral manakala Ts. Zawawi bin Mahim dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) telah menyampaikan taklimat berkenaan perkhidmatan ujian batu dimensi.

PESTA JOM MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

PESTA JOM MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN
IPOH,18 Julai - Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah mengadakan satu pesta makan yang berteraskan buah–buahan tempatan bertempat di perkarangan PPM Square.
Pesta buah ini melibatkan keseluruhan ahli kelab yang berdaftar termasuk ahli-ahli bersekutu dan merupakan antara salah satu acara tahunan yang sering dinantikan oleh ahli kelab apabila munculnya musim buah.
Penganjuran pesta ini dilihat mampu memberi impak positif dari aspek kemahiran bersosial di kalangan ahli dan menjadi platform yang terbaik dalam memberi pengetahuan tentang buah-buahan tempatan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli kelab.

BENGKEL BRAINSTORMING BAJET RMKE-13

BENGKEL BRAINSTORMING BAJET RMKE-13
IPOH, 17 Julai – Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah menganjurkan satu Bengkel Brainstorming Bajet RMKe-13 pada 16 - 17 Julai 2024.
Bengkel ini bertujuan mengumpul maklumat berkaitan projek-projek penyelidikan baharu dan yang sedia dikomersialkan, mengumpul maklumat bagi perolehan peralatan saintifik yang telah lama atau rosak bagi makmal-makmal di PPM dan bagi mengumpul maklumat bagi penyediaan fasiliti, peralatan dan naik taraf di Stesen Ujian Galian (SUGA).
Seramai 26 orang peserta telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada 24 orang Pegawai Penyelidik dan 2 orang Penolong Jurutera.
Sesi bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs Dr Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, penyampaian taklimat oleh Dr. Rohaya binti Othman selaku Penyelaras Projek di PPM diikuti dengan sesi perbincangan mengikut kumpulan projek dan diakhiri dengan pembentangan daripada kumpulan masing-masing.