Lawatan ke WMS Industrial Gas & Equipment Sdn. Bhd.

Lawatan  ke WMS Industrial Gas & Equipment Sdn. Bhd.
SKUDAI, 29 MEI - Satu lawatan teknikal bagi tujuan penyelidikan ke WMS Industrial Gas & Equipment Sdn. Bhd. telah dianjurkan oleh Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) dan Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) yang disertai seramai 15 orang kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Ipoh
Syarikat WMS Industrial Gas & Equipment Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri penghasilan gas asetilena, gas karbon dioksida, gas argon dan gas oksigen yang beroperasi di Skudai, Johor,
Melalui lawatan ini, para penyelidik telah mendapat peluang untuk melihat sendiri proses kerja, teknologi yang digunakan dan amalan keselamatan yang diaplikasikan dalam industri gas asetilena tersebut.
Penyerahan cenderahati telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) kepada En. Masny Ng, Pengurus Cawangan WMS Industrial Gas & Equipment Sdn. Bhd.

BENGKEL SUBMODUL PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI

BENGKEL SUBMODUL PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI
IPOH, 21 Mei – Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah menganjurkan satu Bengkel Submodul Program Pembangunan Kompetensi bagi Kumpulan Pelaksana Sokongan 2 pada 20 - 21 Mei 2024.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan tatacara merekod kehadiran latihan melalui submodul Program Pembangunan Kompetensi dan menjalankan sesi latihan merekod secara hands-on menggunakan submodul Program Pembangunan Kompetensi bagi setiap peserta.
Seramai 27 orang peserta telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada 11 orang Pembantu Operasi, 3 orang Pemandu Kenderaan H14/H11 dan 13 orang Pembantu Awam H11.
Taklimat bagi bengkel ini telah disampaikan oleh Hajah Marlinda binti Daud selaku Pegawai Perhubungan Latihan PPM dibantu oleh En. Azri bin Zakaria, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan En. Aliff Nurfaiz bin Aminudin, Pembantu Penyelidik.

PEMBENTANGAN APLIKASI PEMANTAUAN UDARA YANG DIBANGUNKAN OLEH PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR

PEMBENTANGAN APLIKASI PEMANTAUAN UDARA YANG DIBANGUNKAN OLEH PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR
PUTRAJAYA, 20 MEI - Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) yang diketuai oleh Dr. Hj. Izhar Abadi Ibrahim Rais telah menghadiri satu sesi pembentangan bersama Jabatan Alam Sekitar Bahagian Udara.
Sesi pembentangan ini diadakan bagi memperkenalkan aplikasi pemantauan udara yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral.
Sesi perkongsian ini telah dipengerusikan oleh En. Ryaan Ooi Chean Weai, Ketua Seksyen Perlindungan Ozon. Turut hadir adalah pegawai dari Seksyen Penguatkuasaan dan juga Seksyen Kawalan Punca-Punca Pencemaran.

Aktiviti Persampelan Efluen Lombong di sekitar Bukit Besi

Aktiviti Persampelan Efluen Lombong di sekitar Bukit Besi
BUKIT BESI, 16 MEI – Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari, Pusat Penyelidikan Mineral (CTPLK, PPM) menjalankan aktiviti persampelan efluen lombong di sekitar Bukit Besi. Seramai 6 orang kakitangan CTPLK terlibat dalam kerja lapangan ini.
Satu taklimat berkenaan geologi kawasan ini juga telah disampaikan oleh ahli geologi pihak lombong. Penerangan ini memberi nilai tambah kepada penyelidikan rawatan saliran lombong berasid dan pemulihan sumber nadir bumi dari efluen lombong yang sedang dijalankan oleh pasukan penyelidik CTPLK.

MAJLIS APRESIASI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023 ,PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 2/202 DAN SILATURAHIM

MAJLIS APRESIASI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023 ,PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 2/202 DAN SILATURAHIM
IPOH, 15 Mei - Majlis Silaturahim & Apresiasi Prestasi 2023 telah berlangsung di sekitar Foyer, PPM. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM). Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan PPM yang juga merupakan penasihat bagi KSKPPM.
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim sesama kakitangan PPM bersempena menyambut bulan syawal yang mulia. Pelbagai juadah menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Majlis juga turut dihadiri YBhg. Datuk P.Geol Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia