Aktiviti Persampelan Efluen di Kawasan Lombong Bukit Ibam

Aktiviti Persampelan Efluen di Kawasan Lombong Bukit Ibam
PAHANG, 20-22 FEB - Pasukan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) terdiri daripada Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong Kuari (CTPLK) dan Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) telah melaksanakan aktiviti persampelan efluen di kawasan lombong Bukit Ibam dan persekitaran dibawah Projek Pembangunan Rawatan Saliran Lombong Berasid (AMD) pada 20-22 Februari 2024. Aktiviti persampelan ini juga turut dibantu bersama oleh pasukan Unit Lombong dan Kuari, JMG Pahang.
Projek Pembangunan Rawatan AMD ini adalah merupakan projek bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang.

Lawatan Rasmi Delegasi daripada Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah

Lawatan Rasmi Delegasi daripada Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah
IPOH, 22 FEB – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan rasmi delegasi daripada Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah seramai 12 orang peserta.
Satu sesi perbincangan bersama juga telah diadakan antara PPM diketuai oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr Nazwin binti Ahmad dan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil.
Sesi perkongsian berkaitan aktiviti R&D&C&I di PPM telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Nazwin Ahmad. Perkongsian berkaitan aktiviti perkhidmatan di BPT juga telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni.
Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mengenali dan mendapat maklumat berkaitan dengan inovasi yang telah dijalankan di PPM serta aktiviti makmal di BPT sebagai usaha untuk mewujudkan satu rantaian nilai yang komprehensif dalam bidang perlombongan dan mineral antara agensi kerajaan dengan pihak industri.
YBhg. Dato’ Seri Mohd Ajib Anuar selaku Presiden Dewan Perlombongan Malaysia (MCOM) merangkap Pengerusi Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah berharap agar aktiviti berkaitan perlombongan yang sedang dijalankan dapat memberi pulangan dari segi nilai kepada semua yang terlibat dalam industri termasuk komuniti dan berkongsi pengalaman-pengalaman sepanjang pemprosesan mineral dan cabaran-cabaran yang dilalui.
Selain itu, lawatan ke makmal memprosesan mineral, Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral bagi penyelidikan berkaitan dengan peningkatan kandungan timah daripada timah primer yang kaya dengan mineral siderit, diikuti dengan pengekstrakan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dan pengekstrakan pelarut daripada sumber lempung jerapan ion (IAC). Kemudian, rombongan dibawa ke makmal ICP-OES di Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian. Sesi lawatan telah diakhiri dengan lawatan ke Makmal ICP-MS di Bahagian Perkhidmatan Teknikal.

Lawatan Muhibbah dari Pejabat Tanah Daerah (PTD) Kluang, Johor

Lawatan Muhibbah dari Pejabat Tanah Daerah (PTD) Kluang, Johor
IPOH, 5 FEB – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima Lawatan Muhibbah seramai 30 orang peserta dari Pejabat Tanah Daerah (PTD) Kluang, Johor Darul Ta’zim. Lawatan Muhibbah ini diadakan adalah rentetan daripada kemenangan PPM dalam Anugerah Inovasi Menteri Besar (AIMB) tahun 2023.
PTD Kluang telah mengadakan sesi perkongsian inovasi PPM disamping berminat untuk mendapat maklumat berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab JMG bersama Pentadbiran Tanah. Sesi perkongsian ini disampaikan oleh Yang Berusaha Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, Yang Berusaha En. Mustafa Kamal bin Abdullah, Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Yang Berusaha En. Adha Syuraini bin Abdul Ghani, mewakili Pengarah JMG Negeri Perak, dan Yang Berusaha Dr. Rohaya binti Othman, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan.
Delegasi PTD Kluang kemudiannya dibawa melawat ke Galeri PPM dan makmal penyelidikan Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan. Di sini, para peserta melihat sendiri inovasi yang telah berjaya memenangi AIMB yang diterangkan oleh Yang Berusaha Dr. Rohaya binti Othman serta pasukannya yang lain.
Selain itu, PTD telah mengadakan lawatan ke Geotapak Lembah Kinta, Kapal Korek Tin Dredge No. 5 (TT5), Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak. Kapal milik Malayan Tin Dredging (MTD) itu pernah menyaksikan warga tempatan bertungkus lumus menggali bijih timah di bawah seliaan Inggeris pada awal kurun ke-20.

Taklimat Tatacara Bagi Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU)

Taklimat Tatacara Bagi Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU)

IPOH, 1 FEB - Taklimat Tatacara Bagi Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) telah diadakan untuk kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) hari ini. Taklimat yang disampaikan oleh Ts. Zawawi bin Mahim dan En. Ahmad Firdaus Bin Shamsul Baharin bertujuan memberikan pendedahkan berkaitan tujuan sistem PADU dibangunkan serta tatacara untuk melaksanakannya.

Geology Workshop "REE Resources in Peninsular Malaysia Granite and Its Weathering Material"

Geology Workshop "REE Resources in Peninsular Malaysia Granite and Its Weathering Material"
LENGGONG, 27-28 JAN - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengikuti Geology Workshop "REE Resources in Peninsular Malaysia Granite and Its Weathering Material" Program ini dianjurkan oleh Warisan Benua.
Program ini telah disertai oleh 7 orang kakitangan PPM. Pada hari pertama, penceramah, Prof. Dr. Azman Bin Abd Ghani telah menyampaikan topik-topik utama seperti:
(i) REE: application, geochemistry & resources
(ii) I vs S type granite
(iii) REE bearing mineral and its control of REE in granitic soil
(iv) Ion Adsorption Clay of Malaysia Granite
Pada hari kedua, lawatan ke lapangan di Geotapak Lenggong atau lebih dikenali sebagai Bukit Bunuh Meteorit Impact, RISDA, Kiah Pekasam, Taman Tampan Permai dan Lata Kekabu. Bukit Bunuh Meteorit Impact telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu Geotapak di Malaysia kerana mempunyai pelbagai struktur geologi penting iaitu granit Formasi yang berusia 1.83 juta tahun yang dipenuhi pelbagai jenis mineral seperti suevite, quartzite, quartz, dan metamorphik. Lenggong Geopark diadakan untuk meraikan warisan bumi dan menyejahterakan masyarakat tempatan.