Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG)

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG)
Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) adalah berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001: 2015 bagi:
Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) di Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM)
Perkhidmatan UPM (Bijih Timah, Bijih Besi, Bijih Emas dan Pasir Silika) kepada pelanggan dalaman dan luaran yang diberikan merangkumi ujian-ujian pemprosesan seperti berikut:
• Ujian Taburan Saiz Partikel
• Ujian Penentuan Komposisi Kimia Sampel Dengan Menggunakan Alat Spektrometer Pendaflor Sinar-X (XRF)
• Analisis Kandungan Mineral
• Ujian Penentuan Kandungan Stanum (Sn) Dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Ferum (Fe) Dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Emas (Au) dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Sulfur (S) Dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Organik
• Ujian Penentuan Kandungan Silikon Dioksida (SiO2) Dalam Pasir Silika
• Ujian Penentuan Kandungan Ferum (Fe) Menggunakan Alat UV-VIS Spektrofotometer
• Ujian Penentuan Kandungan Titanium (Ti) Menggunakan Alat UV-VIS Spektrofotometer Ujian Penentuan Kandungan Aluminium (Al) Menggunakan Alat Spektrofotometer Serapan Atom (AAS)
• Ujian Penentuan Kandungan Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg)
• Ujian Pengisaran
• Ujian Pengasingan Graviti Menggunakan Alat Jig dan Meja Ayun
• Ujian Pengasingan Bermagnet Menggunakan Alat Pemisah Bermagnet Dwi Cakera (DDMS) dan Alat Pengasingan Bermagnet Berkeamatan Tinggi Cara Basah (WHIMS)
• Ujian Pengapungan Buih
• Ujian Pengasingan Bervoltan Tinggi
• Ujian Penggosok Geseran (Attrition Scrubbing)
• Ujian Penentuan Fasa Mineral Menggunakan Alat Pembelauan Sinar-X (XRD)
• Ujian Penentuan Kandungan Karbon (C) dan Sulfur (S)

Latihan Penyediaan Sampel Bagi Analisis Permukaan FESEM di Universiti Kebangsaan Malaysia

Latihan Penyediaan Sampel Bagi Analisis Permukaan FESEM di Universiti Kebangsaan Malaysia

UKM 27-28 OKT - Pasukan penyelidik dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) sedang menjalani latihan penyediaan sampel bagi analisis permukaan FESEM di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Analisis ini bertujuan mengenalpasti mengenal pasti morfologi sampel bagi penyelidikan di bawah RMK-12.

Mesyuarat Pemantauan Kemajuan Projek Pembinaan Bangunan Baharu Makmal Silika Pusat Penyelidikan Mineral

Mesyuarat Pemantauan Kemajuan Projek Pembinaan Bangunan Baharu Makmal Silika Pusat Penyelidikan Mineral

SEPANG, 26-28 OKT- Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral Dr. Nazwin Binti Ahmad menyampaikan ucapan Perasmian sempena Mesyuarat Pemantauan Kemajuan Projek Pembinaan Bangunan Baharu Makmal Silika Pusat Penyelidikan Mineral di Hotel dan Pusat Konvensyen Movenpick dan dihadiri oleh 26 orang kakitangan PPM.

 

 

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐊𝐞 𝐋𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠 𝐈𝐧-𝐬𝐢𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐚𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐨𝐣𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐩𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐬𝐮𝐫 𝐍𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠, 𝐆𝐞𝐫𝐢𝐤, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐊𝐞 𝐋𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠 𝐈𝐧-𝐬𝐢𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐚𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐨𝐣𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐩𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐬𝐮𝐫 𝐍𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠, 𝐆𝐞𝐫𝐢𝐤, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤
27 OKTOBER2022 - Seramai 16 orang ahli pasukan penyelidik unsur nadir bumi PPM yang diketuai oleh Dr. Hj. Ismail Bin Ibrahim telah melawat ke lombong in-situ leaching dan loji pemprosesan Unsur nadir bumi di kenering, gerik, perak pada 27hb Oktober 2022.
 
Tujuan lawatan ini untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan lombong in-situ leaching bagi ekstrakan logam unsur nadir bumi dan pengambilan sampel tanah dan air sisa dari loji pemprosesan bagi tujuan penyelidikan di makmal.

Latihan Pencirian Kertas di Makmal Kertas dan Pulpa, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Latihan Pencirian Kertas di Makmal Kertas dan Pulpa, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
KEPONG 25-26 OKT - Pasukan penyelidik dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) sedang menjalani latihan pencirian kertas di Makmal Kertas dan Pulpa, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Latihan pencirian kertas ini bertujuan mengenalpasti kualiti kertas mengikut fungsi-fungsi tertentu.