Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015

Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015
PPM Berjaya Melepasi Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015
 
Sekalung tahniah buat PPM atas kejayaan melepasi audit pengawasan (Surveillance Audit) yang telah dijalankan pada 13 – 14 Disember 2022 oleh auditor dari SIRIM QAS, Puan Meena Regawan.
 
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang dilaksanakan di PPM ialah Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) iaitu melibatkan bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika. Sebagai rekod, PPM mula menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dari SIRIM pada Disember 2012 untuk skop Ujian Batu Dimensi (UBD).
 
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPM atas kejayaan ini.
Semoga PPM terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan bagi kedua-dua skop ini dan terus melakar kejayaan cemerlang pada masa hadapan.
 

MoU PPM-Northern Dolomite

 MoU PPM-Northern Dolomite
IPOH, 7 DIS - Satu mesyuarat membincangkan perkembangan terkini berkaitan MoU PPM-Northern Dolomite telah diadakan pada 7 Disember 2022. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 6 orang pegawai penyelidik PPM dan 2 orang wakil Northern Dolomite. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Ismail b. Ibrahim.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, beberapa persetujuan berkenaan kerjasama yang akan dijalankan telah dicapai.
 

Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 04/2022

Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 04/2022
IPOH, 16 NOV - Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 04/2022 telah diadakan pada hari ini secara hibrid (fizikal dan dalam talian).
 
Pengarah Kanan PPM, Dr. Nazwin binti Ahmad telah menyampaikan perutusan dan ucapan beliau diikuti dengan tayangan aktiviti R&D&C&I. Beliau juga turut mengumumkan kakitangan baharu iaitu En. Norshahrulnizam bin Yuhani (Pemandu Kenderaan H11) serta Pelajar Latihan Industri, En. Muhammad Ashman Nabil bin Shaful Bahari (UiTM Kampus Cawangan Arau).
Dalam majlis yang sama, Pengarah Kanan telah menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh Suku 3/2022 dan Sijil Sukarelawan KOSPEN. Ucapan tahniah juga diberikan kepada Ts. Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz di atas perakuan sebagai Teknologis Professional (Ts.) berkuatkuasa 29 Oktober 2022.
 
Majlis ini diakhiri dengan Taklimat Tatacara Pelupusan Sisa Kimia yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelupusan Sisa Kimia PPM, ChM. Anuar bin Othman.

Aktiviti Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan (Kewangan - Arkib 4/08)

Aktiviti Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan (Kewangan - Arkib 4/08)

STESEN UJIAN GALIAN (SUGA) MALIM NAWAR, 8 NOV 2022 - Seramai 20 orang kakitangan dari Unit Pentadbiran dan Kewangan telah melaksanakan Aktiviti Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan (Kewangan - Arkib 4/08). Pemusnahan ini dilaksanakan setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Arkib Negara Negeri Perak, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Audit Negara Malaysia Negeri Perak. Tempoh Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan ini meliputi tahun 1982 sehingga tahun 2018.

Tempoh penyimpanan Rekod Kewangan dan Perakaunan untuk dimusnahkan adalah dokumen kategori 7 tahun, 4 tahun, 3 Tahun dan 1 tahun mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 PPM

Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 PPM
IPOH 1-2 NOVEMBER 2022 - Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 telah berjaya diadakan untuk dua skop perkhidmatan di PPM iaitu Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM).
Acara pada hari pertama dimulakan dengan mesyuarat pembukaan diikuti dengan proses audit dalaman bagi pihak pengurusan, promosi, kewangan dan Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral.
 
Manakala pada sebelah petangnya audit diteruskan bagi Unit Seramik Termaju, Cawangan Teknologi Bahan Termaju, Unit Perlombongan CTPP, dokumentasi dan latihan.
 
Pada hari kedua, para juruaudit bermesyuarat sebelum diakhiri dengan mesyuarat penutup.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan MS ISO 9001:2015 PPM kerana memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan proses audit ini. Semoga terus maju jaya dalam audit luar pada Disember 2022 nanti.