WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (28 FEBRUARI 2018) : RABU, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan Majlis Perjumpaan Khas bersama pegawai dan kakitangan NRE berserta menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2018.
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia merupakan salah satu jabatan kerajaan dibawah naungan NRE. JMG Malaysia turut menghantar wakil dari seluruh JMG di Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli. Majlis sambutan Tahun Baru Cina seumpama ini bertujuan bagi menghargai dan menghormati perayaan bangsa lain.
Sumber maklumat dan foto : En. Mohd. Yusop bin Ramli