KOTA KINABALU, SABAH (01 MAC 2018) : KHAMIS, Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kota Kinabalu telah mengadakan satu bengkel bertajuk " Sesi Hands-On bersama PTJ-PTJ bagi Pelaksanaan Sistem ePerolehan" bertempat di Makmal ESPKB, Tingkat 5, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kota Kinabalu. Bengkel ini diadakan selama 1 hari bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Jabatan Mineral dan Geosains Sabah telah menghantar wakil bagi mengikuti bengkel ini. Seramai 4 orang telah menghadiri sesi hands-on ini, mereka adalah Pn. KHalimah binti Alis ( Ketua Pembantu Tadbir), Pn. Vianni Vincent (Pembantu Tadbir Kewangan), Pn. Winnie Juakiim (Pembantu Tadbir P/O) dan En. Peter Suking.