SIMPOSIUM MINERAL KE-11 (SIMPOMIN 2025)

SIMPOSIUM MINERAL KE-11 (SIMPOMIN 2025)
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dengan sukacitanya menjemput para penyelidik, ahli akademik, pemain industri, jurutera, pelabur serta pihak berkepentingan dalam sektor mineral untuk menyertai Simposium Mineral ke-11 (SIMPOMIN 2025).
SIMPOMIN merupakan acara dwitahunan yang menyediakan platform untuk pembentangan dan perbincangan mengenai hasil penyelidikan, perkongsian pengalaman serta kepakaran dalam bidang teknologi, inovasi dan pengkomersialan berkaitan industri mineral. Simposium ini turut membuka ruang kepada pertukaran idea dan pandangan dalam kalangan peserta dari peringkat nasional dan antarabangsa.
Antara bidang tumpuan yang akan diketengahkan dalam SIMPOMIN 2025 termasuklah:
1. Mineralogi, Pemprosesan Mineral dan Metalurgi
2. Teknologi Perlombongan, Pengkuarian dan Pemulihan
3. Mineral Industri
4. Unsur Nadir Bumi (Rare Earth Elements - REE)
5. Kitar Semula Sisa Mineral dan Logam
6. Bahan Termaju
7. Inovasi, Pengkomersialan dan Ekonomi