Sukan KSKBPT : Catur

Ipoh 4 Dis 2012, salah satu acara yang dipertandingkan di dalam sukan KSKBPT telah dilangsungkan dengan jayanya. Acara catur merupakan satu acara dominan di BPT dengan kehadiran beberapa jaguh JMG disini. Acara ini berlangsung di Bilik Kasiterit Blok Zamrud pada jam 3.30 ptg.

Kumpulan Nilam diwakili oleh En Kadir,En haiqal, En Harman, En Fahami dan En Shafie, manakala kumpulan Zamrud diwakili oleh En Jontih, En Rogers, En Sabri, En Abd Rani dan En Hairul. Setelah permainan berlangsung selama 1 jam. Kemenangan di tangan Kumpulan Nilam dengan keputusan 3-2. Dengan kemenangan ini, keputusan markah semasa secara keseluruhan adalah 20-20.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/sukan-kskbpt-catur#sigProId58dbdd9968

Written by : zahar