PPM FUN WALK AND RUN 2023

PPM FUN WALK AND RUN 2023
IPOH, 23 OKT - Sempena Bulan Sukan Negara 2023, Biro Sukan & Rekreasi Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan PPM Fun Walk and Run 2023 bertempat di Padang Polo, Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh.
Sebelum acara larian, aktiviti regangan otot dan taklimat ringkas berkaitan dengan program telah dijalankan. Pelepasan larian dimulakan pada 9.10 pagi.
Seramai 74 orang warga PPM telah menyertai program ini dan berjaya membuat 1 - 4 pusingan lengkap Padang Polo iaitu bersamaan dengan 1.3 - 5.2 km.
Selain itu, aktiviti cabutan tiket bertuah juga diadakan bagi memeriahkan lagi program santai ini.
Semoga program sebegini dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan bersenam bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif khususnya di kalangan warga PPM.