LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH DAN ANGGOTA KELSTONE SDN. BHD. KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL,

LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH DAN ANGGOTA KELSTONE SDN. BHD. KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL,
IPOH, 12 JULAI – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM-JMG) telah menerima lawatan daripada delegasi Lembaga Pengarah dan Anggota Kelstone Sdn. Bhd., Kota Bharu, Kelantan.
Rombongan seramai 21 orang ini diketuai oleh YBhg. Dato' Sr. Hj. Zamri bin Hj. Ismail, Pengarah Eksekutif Kelstone Sdn. Bhd. Kelstone Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang bertanggungjawab dalam pembangunan industri mineral di negeri Kelantan.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Hj. Izhar Abadi bin Ibrahim Rais, Ketua Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP). Seterusnya taklimat PPM telah disampaikan oleh Cik Norinsafrina binti Mustaffa Kamal dan taklimat mengenai projek REE telah disampaikan oleh Pn. Roshaida binti Arbain dan Ts. Mohd. Zaid bin Md. Sharif.
Selepas sesi perbicangan, para delegasi telah dibawa melawat ke makmal Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai batu dimensi.
Seterusnya lawatan diteruskan ke makmal-makmal dan Muzium Geologindi Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT-JMG).