Johor Bahru, 22 Julai 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs Tuan Haji Noorazhar Ngatimin bersama En Mohammad Sufee dan En Sivalingam memantau aktiviti peletupan terkawal di salah sebuah kawasan pembangunan sekitar Johor Bahru. Letupan terkawal (‘Controlled blasting’) merupakan salah satu teknik peletupan yang digunakan bagi mengawal aktiviti peletupan yang dibuat dengan mengurangkan penggunaan bahan letupan bagi mengurangkan kesan getaran ke atas tanah atau batu yang dipecahkan sekadar untuk membelah atau memecah atau meretakkan batu berkenaan.
LAWATAN PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Johor Bahru, 14 Julai 2024 – JMG Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor yang diketuai oleh Pengarahnya Dr. Mohd Famey bin Yusoff dengan disertai oleh Timbalan Pengarah En. Mohd Amin bin Ghazali dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar En Wong Zhi Jian.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2024 JMG JHOR
Johor Bahru, 02 Julai 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 07/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Fatimah Tuzaharah binti Kamaludeen diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Taufik bin Rahmat dan bacaan ikrar oleh Encik Mohd Iedil bin Omar. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT MARITIM NEGERI JOHOR
Johor Bahru, 25 Jun 2024 - YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor berkunjunghormat ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Johor dengan disertai oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral Dr. Sia Say Gee dan Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari En Hairul bin Mohamed Shaharudin ke Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama (M) Nurul Hizam bin Zakaria.
TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PEJABAT
Johor Bahru, 13 Jun 2024 – JMG Johor telah mengadakan satu taklimat berkenaan "Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pejabat" di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memupuk persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Selain itu, ia juga boleh melindungi rakan sekerja, ahli keluarga, majikan, pelanggan, dan lain-lain yang mungkin terjejas oleh persekitaran tempat kerja.