PROGRAM MEMBACA SELAMA 10 MINIT

PROGRAM MEMBACA SELAMA 10 MINIT

Johor Bahru, 23 April 2024 - JMG Johor telah menjayakan Program membaca selama 10 minit dengan tema 'Baca dan Bahagia' 'Pembacaan Melestarikan Perpaduan' yang berlangsung pada pukul 11 pagi. Program ini dijalankan serentak di seluruh negara oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN

MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN

Iskandar Puteri, 19 Mac 2024 - Mesyuarat Teknikal Pasca Banjir di Taman Negara Johor (TNJ) Endau-Rompin telah diadakan di pejabat Perbadanan Taman Negara Johor, Iskandar Puteri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Taufik b. Bahar Pengarah PBNJ dan dihadiri oleh wakil agensi teknikal seperti JMG, JKR ,UTM, UTHM, Pegawai Daerah Mersing dan Pegawai Daerah Segamat.

Baca selanjutnya

SESI LAWATAN TAPAK DI SEKITAR KAWASAN KAMPUNG PETA, JOHOR DAN TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU - ROMPIN ( PETA )

SESI LAWATAN TAPAK DI SEKITAR KAWASAN KAMPUNG PETA, JOHOR DAN TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU - ROMPIN ( PETA )

Johor Endau-Rompin, Kampung Peta, 06 Mac 2024 - JMG Johor telah membuat satu tinjauan tapak bersama Tok Batin Kampung Peta untuk mengesahkan lokasi pembinaan telaga eksplorasi bagi projek ECER. Pada masa yang sama, JMG juga berkesempatan melihat kesan bencana geologi yang berlaku di kawasan Taman Negara Johor Endau Rompin (Peta). Tinjauan ini dibuat bersama pihak Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).

Baca selanjutnya

KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PENGARAH PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PENGARAH PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR

Johor Bahru, 03 Mac 2024 – Tuan Pengarah Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin berkesempatan berkunjunghormat ke rakan sejawat Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (En. Taufik bin Bahar) di pejabat beliau di Kota Iskandar. Pertemuan ini turut disertai oleh En Muhammad Syahmi bin Mohamad, Penolong Pengarah Geosains.

Baca selanjutnya