MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 3/2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 3/2024
IPOH, 4 Julai - Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral Bil. 3 Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Seminar, PPM pada hari ini.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu Kebesaran Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam. Bacaan doa telah dipimpin oleh En. Zamri bin Osman, lafaz ikrar oleh En. Abdul Quyyum dan penaik bendera oleh En. Muhammad Fazir.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan PPM dengan menyampaikan perutusan amanat kepada seluruh warga kerja PPM.
Majlis ini diikuti dengan tayangan video perpindahan kakitangan yang telah berpindah dari PPM ke jabatan lain iaitu En. Hasbullah bin Bakar (berpindah ke Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Sayak, Jabatan Pertanian Kedah) dan En. Muhammad Firdaus bin Musa (berpindah ke Institut Sumber Marin Asia Tenggara, Cendering, Terengganu, Jabatan Perikanan Malaysia).
Tayangan video bersempena dengan kakitangan yang bersara juga telah ditayangkan pada majlis ini iaitu Dr. Hj. Ismail bin Ibrahim, Ketua Cawangan Pemprosesan Mineral, Q54 (bersara paksa pada 7 Julai 2024) dan En. Hassan Bin Ismail, Pembantu Operasi Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan, N14 (bersara paksa pada 15 Julai 2024). Dalam majlis ini, Dr. Hj. Ismail telah menyampaikan ucapan persaraan beliau dan kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan perkhidmatan.
Seterusnya Pengarah Kanan PPM telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh Bil. 1 Tahun 2024 dan pemenang pertandingan Fantasy Premier League (FPL) Piala YDP KSKPPM 2023/2024.
Majlis disusuli dengan tayangan montaj imbasan aktiviti & peristiwa sekitar bulan Mei hingga Julai 2024, tayangan slot Informasi, video sambutan ulangtahun kelahiran bulan Julai, pengenalan kakitangan baharu dan sesi bergambar.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan pemotongan kek sempena persaraan Dr. Hj. Ismail Ibrahim dan En. Hassan Ismail.